Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.sa] | کواس

Definisi : 1. daya atau kemampuan (utk melaku­kan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentu­kan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat­dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, me­wakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau me­nguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai pengua­saan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.sa] | کواس

Definisi : ark sj tongkat yg hujungnya ber­cangkuk besi (utk mengemudikan gajah), angkus, kosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.sa] | کواس

Definisi : 1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Puisi
 

Mastika di Tanjung Tuan,
     Pakai anak bidadari;
Gunung tinggi kuasa Tuhan,
     Duri di hutan tajam sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
power politicspolitik kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator.
brake powerkuasa brekKejuruteraan AutomotifEnjinKuasa output enjin maksimum yang diukur oleh dinamometer. Kuasa ini diperoleh daripada aci engkol enjin yang hanya di- hubungkan dengan pam air, pam minyak pelincir, pam bahan api dan sistem kawalan pancaran terbina dalam. Sinonim kuasa keseluruhan, kuasa kuda brek, kuasa kuda keseluruhan.
engine efficiencykecekapan enjinKejuruteraan AutomotifEnjinNisbah kuasa sebenar dalam pecahan atau peratus yang dihasilkan oleh enjin berbanding dengan kuasa unggul. Kuasa enjin ini diukur daripada hasil darab kelajuan putaran aci engkol dengan kilasan yang dihasilkan oleh aci engkol. Kuasa unggul pula merujuk kepada kuasa yang dihasilkan secara teori dengan andaian tiada kehilangan kuasa dalam bentuk geseran, haba, bunyi dan sebagainya.
allocation of powersperuntukan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPengagihan kuasa bagi menentukan ruang kuasa dan bidang tugas dalam pengurusan pemerintahan. Proses ini ditentukan melalui semangat pengasingan kuasa sebagaimana yang terkandung dalam falsafah pemerintahan sistem demokrasi, seperti yang ditonjolkan oleh Monstesquieu. Contohnya, bidang kuasa Badan Kehakiman mentafsir sesuatu undang-undang yang telah digubal dan menentukan sifat hukuman ke atas sesuatu pengadilan.
judicial powerkuasa kehakimanSains PolitikPolitik PerbandinganBidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu.
quasi-governmentsepara kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa bersama pemerintah dan sektor swasta dalam urus tadbir terutamanya untuk membentuk dasar awam. Autoriti ini dikatakan separa kerana sektor swasta turut memiliki kuasa mengarah selain daripada kuasa kerajaan. Kuasa sektor swasta ini diterima oleh kerajaan di samping kerajaan masih memainkan peranannya dalam membentuk dasar awam.
concurrent powerkuasa serentakSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang diperoleh secara menyeluruh sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Kuasa ini penting untuk mengelakkan sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat atau negara. Kuasa jenis ini biasanya dipraktik dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat. Contohnya, apabila, presiden mahu melaksanakan sesuatu tindakan yang segera seperti melancarkan serangan atau memerlukan belanjawan tambahan, beliau perlu mendapatkan kuasa serentak daripada kuasa utama kuku besi ketimuran Kongres. Tanpa kuasa tersebut sesuatu tindakan tidak boleh dijalankan.
residual powerkuasa bakiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang menjadi milik kerajaan pusat setelah pihak lain tidak menuntutnya. Fenomena ini banyak terjadi dalam negara persekutuan yang membahagikan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri menjadi milik autonomi negeri dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan pusat. Sekiranya terdapat bidang kuasa yang tidak tersenarai dalam senarai negeri atau pusat maka ia dikatakan sebagai kuasa baki dan lazimnya menjadi milik kerajaan pusat. Sinonim kuasa residual.
net powerkuasa bersihKejuruteraan AutomotifEnjinKuasa output enjin yang dihantar ke sistem penghantaran untuk memacu kenderaan. Kuasa ini diukur dengan dinamo- meter apabila semua komponen asas dan aksesori piawai enjin dipasang. Selain komponen asas, iaitu pam air, pam minyak pelincir, pam bahan api dan sistem kawalan pancaran terbina dalam, beberapa aksesori piawai enjin seperti penapis udara, kipas enjin, peredam bunyi, pengulang-alik dan keseluruhan sistem ekzos juga dipasang pada enjin. Kuasa ini kurang daripada kuasa brek kerana sebahagian daripada kuasa brek digunakan untuk mengatasi rintangan dalam aksesori p enjin. Sinonim kuasa brek bersih.
12345678910...

Kembali ke atas