decolonization | penyahjajahan | Sejarah | Tiada | Perbuatan mengenyahkan penjajahan oleh pihak imperialisme bermula selepas Perang Dunia II oleh kuasa-kuasa Eropah yang melepaskan jajahan mereka. |
most powerful test | ujian paling berkuasa | Matematik | Tiada | Jika dua ujian mempunyai asas keertian yang sama, maka ujian yang saiz ralat jenis II lebih kecil adalah ujian paling kuasa di antara kedua-duanya pada aras keertian tersebut. |
commutator | penukar tertib/komutator | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Bahagian motor arus terus jana kuasa yang mempunyai dua fungsi: i. Apabila bergabung dengan berus akan bertindak sebagai penyambung elektrik antara lilitan angker yang berputar dengan terminal-terminal pegun. ii. Bertindak untuk membalikkan arus lilitan angker. Gambar rajah m/s 76 |
dichotomy of politics and administration | dikotomi politik-pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu pembahagian yang menjelaskan bidang kuasa di antara pentadbiran dengan politik. Pentadbiran lebih kepada pengurusan hendaklah berasingan dengan politik yang berkait rapat dengan pembuatan dasar atau polisi. Politik pada asasnya merupakan kegiatan yang berkaitan dengan parti politik, kuasa politik dan bagaimana menggunakan kuasa itu. Pentadbiran pula merupakan perjalanan kerajaan sehari-hari dan berkaitan dengan keamanan supaya negara tidak huru-hara. Jelasnya bahawa pentadbiran memelihara keadaan semasa dan tidak ada kaitan secara langsung dengan parti. Politik berkait rapat dengan pembuatan dasar manakala pentadbiran adalah berkaitan dengan segala pelaksanaan dasar atau polisi serta mengenakan batasan-batasan tertentu terhadap setiap pelaksanaan tersebut. Pengasingan politik daripada pentadbiran mempunyai dua andaian dasar iaitu, (i) Politik boleh dipisahkan daripada pentadbiran, dan (ii) Pentadbiran boleh dikembangkan menurut garis-garis saintifik. |
administrative Platonism | faham pentadbiran Plato | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Paradigma yang mempercayai bahawa pentadbiran awam seharusnya menekankan piawai etika yang tinggi sebagai mengimbangi kuasa birokratik. Paradigma ini dipelopori oleh Paul Appleby. Beliau menggariskan lima prinsip moral pentadbir awam iaitu, (i) memiliki perasaan bertanggungjawab (ii) kemahiran berkomunikasi dan mentadbir sumber manusia (iii) berkeupayaan untuk memantap dan menggemblengkan sumber institusi (iv) bersedia untuk menghadapi sebarang masalah serta bekerja dengan pihak lain sebagai satu pasukan dan (v) mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memperkenalkan idea baru. Paradigma ini juga menekankan bahawa pentadbir yang berwibawa jarang menggunakan kuasa birokrasi secara tegar sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan sesuatu masalah. |
Intermediate Nuclear Force Treaty | Perjanjian Nuklear Jarak Pertengahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1987 untuk menghapuskan U.S. Pershing II milik Amerika Syarikat dan Soviet SS-20 Missiles milik Kesatuan Soviet. Pengharaman penggunaan kedua-dua senjata tersebut merupakan usaha yang dilakukan untuk menghapuskan senjata tertentu yang biasanya dimiliki oleh kuasa besar untuk mengelakkan perang nuklear. Sinonim INF. |
Atlantic Charter | Piagam Atlantik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Piagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memper |
code of behaviour | kod tingkah laku | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peraturan, peruntukan dan arahan khas yang dinyatakan dengan jelas dalam satu dokumen bertulis mengenai kelakuan dan tatatertib. Kod tingkah laku ini menjadi panduan kepada pihak tertentu di bawah sesuatu bidang kuasa. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim (1994) sepanjang menjalankan tugas mereka. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod etika ini membolehkan seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya. Antara perkara yang dinyatakan dalam kod tersebut ialah; para hakim tidak boleh (i) bertindak kurang cekap, kurang berusaha dan membelakangi tugas-tugas kehakiman, (ii) berkelakuan tidak jujur dan mencemarkan nama badan kehakiman, (iii) melenggah-lenggah kes tanpa sebarang alasan yang munasabah, (iv) tidak mematuhi arahan statutori, (v) tidak hadir ke mahkamah pada waktu pejabat, dan (vi) perlu mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara. |
rate | kadar | Komunikasi | Korporat | Jumlah bayaran bagi sesuatu perkhidmatan pengiklanan atau perhubungan awam yang ditetapkan oleh sesebuah agensi media atau syarikat perunding. Penetapan kadar bayaran berbeza kerana beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Berdasarkan kemasyhuran media, iaitu berdasarkan jumlah pendedahan khalayak terhadap sesuatu media sama ada bercetak atau elektronik. (ii) Berasaskan kedudukan waktu siaran dalam sehari dan kemasyhuran sesuatu rancangan yang akan ditaja, terutamanya dalam media elektronik. (iii) Berasaskan kedudukan iklan di sesuatu halaman di media cetak. (iv) Berasaskan taraf sosioekonomi pembaca. Lebih tinggi taraf sosioekonomi, lebih tinggi kuasa beli pembaca, maka lebih tinggi kadar bayaran ruang iklan dalam penerbitan berkenaan. Dalam perhubungan awam, kadar pembayaran biasanya melibatkan aktiviti mendapatkan khidmat perundingan. |
ideology | ideologi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pola pemikiran yang menghuraikan dan mengesahkan struktur sosial dan kebudayaan sesuatu kelompok yang memberikan justifikasi terhadap pola tingkah laku, sikap dan matlamat kelompok tersebut. Menurut Destut de Tracy, pada awalnya ideologi dimaksudkan sebagai suatu sains atau kajian mengenai sistem idea. Ideologi menggambarkan atau merencanakan satu bentuk masyarakat ideal yang harus diwujudkan. Antara fungsi umum ideologi adalah seperti yang berikut: i. mempertahankan keabsahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian kuasa di dalamnya dan tindakan yang dibuat olehnya; ii. mempertikaikan keabsahan sistem yang ada; iii. platform perhubungan simbolik antara rakyat dengan pemerintah; iv. instrumen pemaksaan, v. instrumen perubahan masyarakat; vi. peranan perpaduan; dan vii. membentuk identiti diri. Contohnya, perang dingin yang melibatkan pertentangan dua ideologi utama, iaitu antara blok demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Kesatuan Soviet. |