jurisdiction of the court | bidang kuasa mahkamah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bidang kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman bagi membolehkannya membuat pengumuman berkenaan hal-hal perundangan dan mentadbir keadilan dalam batasan yang tertentu seperti perkara yang dipertikaikan, kawasan geografi yang terlibat atau pihak-pihak yang bertelingkah. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, bidang kuasa mahkamah mesti dipersetujui oleh sesebuah negara. Tanpa persetujuan negara, sebarang tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas negara tersebut di mahkamah antarabangsa, termasuk di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). |
judicial review | kajian semula kahakiman | Undang-undang | Tiada | Penelitian kehakiman dan penentuan mengenai kesahan sesuatu cara, akta, keputusan atau urusan, termasuk menentukan vires dan bidang kuasa, undang-undang dan fakta serta skop dan peranan berkaitan dengan keadilan semula jadi, serta prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan budi bicara eksekutif. |
separation of powers | pengasingan kuasa | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemisahan fungsi legislatif yang menggubal undang-undang, eksekutif yang melaksana undang-undang dan kehakiman yang mentafsir undang-undang dalam pemerintahan negara. Badan legislatif atau Parlimen diletak terpisah dari badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini perlu kerana kuasa yang tertumpu kepada satu badan atau seorang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Oleh itu ia perlu dipisahkan kepada badan yang berbeza. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. |
judicial power | kuasa kehakiman | Undang-undang | Tiada | Kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman untuk mengadili dan mendengar pertelingkahan antara pihak-pihak yang terbabit. |
Pre-Trial Chamber | Kamar Prabicara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Praperbicaraan/Bilik Prabicara; Id. Dewan Sidang Awal) Salah satu kamar di dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Kamar ini menjalankan fungsi kehakiman untuk Bahagian Prabicara. Ia meneliti dan memantau tindakan pendakwa, terutama bagi melindungi hak orang yang disyaki atau tertuduh, dan menjamin penghormatan undang-undang oleh pendakwa. Apabila pendakwa menerima maklumat tentang jenayah, Kamar Prabicara boleh melantik seorang peguam atau hakim Kamar Prabicara untuk hadir semasa keterangan diambil bagi melindungi hak pembela. Jika pendakwa sendiri ingin memulakan penyiasatan, pendakwa mesti memohon kebenaran untuk menyiasat dari Kamar Prabicara. Semasa penyiasatan dijalankan, Kamar Prabicara mesti memastikan integriti prosiding, terutama menegakkan hak pembela. Kamar Prabicara mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap dan saman. Kamar Prabicara mesti memastikan seseorang tidak ditahan bagi tempoh masa tak munasabah sebelum perbicaraan akibat kelewatan pendakwa yang tidak boleh dimaafkan. |
collateral attack | tindakan sampingan | Undang-undang | Tiada | Suatu cubaan untuk mengelakkan atau menggagalkan atau menafikan kuat kuasa atau kesan sesuatu prosiding kehakiman melalui suatu prosiding sampingan yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang bagi maksud itu. |
judiciary | badan kehakiman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi yang memainkan peranan dalam mentafsir perlembagaan dan undang-undang serta membuat pengadilan sebarang kes pertikaian. Ia merupakan satu cabang daripada institusi pemerintahan negara di samping badan legislatif dan eksekutif. Bidang kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah. Badan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh para hakim dan majistret. Badan kehakiman bukan sahaja menjadi tempat pengadilan orang ramai tetapi turut menjadi sumber rujukan kepada pemerintah, agensi kerajaan dan sektor swasta. Badan ini bertanggungjawab mengendalikan kes jenayah dan sivil serta sebarang pertikaian undang-undang perlembagaan. Pengadilan yang dibuat oleh badan ini mencerminkan tingkat keadilan yang diamalkan dalam sesebuah negara. |
separation of powers | perasingan kuasa | Undang-undang | Tiada | Doktrin yang mengasingkan fungsi pemerintahan kepada tiga badan, iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan. |
domestic tribunal | tribunal domestik | Undang-undang | Tiada | suatu badan yang diberi kuasa oleh statut atau kontrak bagi melaksanakan bidang kuasa ke atas hal dalaman sesuatu profesion atau persatuan; keputusannya adalah tertakluk kepada kajian semula kehakiman. |
judicial independence | kebebasan kehakiman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip asas badan kehakiman yang tidak terpengaruh dengan pihak tertentu khususnya badan eksekutif, badan perundangan dan pihak yang berkepentingan di dalam sesuatu pengadilan. Kebebasan ini bertujuan untuk menjamin keadilan dan memastikan hak orang ramai dilindungi. Bidang kuasa badan ini merangkumi tugas mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara, menjalankan pengadilan di mahkamah serta mentafsir dan mengesahkan sesuatu tindakan kerajaan. Ia juga merupakan badan pengimbang kuasa di antara badan eksekutif dan perundangan. Setiap keputusan badan kehakiman perlu dihormati oleh semua pihak. Hanya Yang di-Pertuan Agong yang berhak meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan ini. Ia menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dan persaingan kuasa antara pihak tertentu seperti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau di antara dua kerajaan negeri. |