Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.sam] | کوسم

Definisi : pudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat; kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuram­an: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.sam] | کوسم

Definisi : tidak bercahaya atau tidak berkilat (ttg permata dsb); tidak berseri (ttg muka); buram; suram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kusam (adjektif)
Bersinonim dengan muram, pudar, suram, subam, usam;,
Kata Terbitan : kekusaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
matt finishkemasan kusamKesenianHiasan DalamanLapisan penyudah atau cat yang pusam, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan kusam.
pigmentpigmenKesenianHiasan DalamanBahan berupa serbuk tidak larut dalam air yang mengandungi kepekatan warna yang tinggi untuk mewarnakan bahan lain. Pigmen putih seperti titanium dioksida diserakkan ke dalam polimer fiber untuk penyahkilatan dan menghasilkan kemasan kusam atau separuh kusam.
matte laminationlaminasi kusam-TiadaProses melapisi permukaan bahan terbitan dengan filem nipis bagi melindungi bahan cetak dan menjadikan kertas serap cahaya. Banding gloss lamination.
matte paperkertas kusam-TiadaKertas yang dilapisi filem nipis dan tidak memantulkan cahaya. Banding glossy paper.
pinepainKesenianHiasan DalamanPokok berkayu lembut yang berwarna putih atau kuning kusam. Pain berasal dari kawasan beriklim sederhana dan sejuk. Kayu pain digunakan untuk menghasilkan perabot dan keistimewaan kayu ini terletak pada kesan kemasan atau kesan mata kayu.

Kembali ke atas