Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb per­sengketaan hendaklah diselesaikan (didamai­kan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna peker­jaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kusut (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai, berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih, selebek,
Berantonim dengan kemas

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit,
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan,

Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kusut di hujung dengan pangkal,
     kerana salah memulai.

Bermaksud :

Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suicidal tendendykecenderungan bunuh diriKejururawatanTiadaHasrat untuk membunuh diri yang dipengaruhi oleh pemikiran yang kusut.
agglomerateaglomeratNanoteknologiTiadaGumpalan nanozarah yang terbentuk melalui tindak balas daya yang lemah seperti daya van der Waals atau ikatan kusut fizikal yang mudah. Luas permukaan yang terhasil adalah serupa dengan jumlah luas permukaan komponen individu. Nisbah luas permukaan dengan isi padu yang tinggi memberikan tenaga permukaan yang tinggi, untuk meminimumkan tenaga permukaan nanozarah menghasilkan aglomerat. Tindak balas ini menyebabkan berlakunya proses lekatan di antara nanozarah hingga membentuk zarah bersaiz lebih besar.
bindingpengikatKesenianHiasan DalamanJalur tirus fabrik yang digunakan untuk membalut dan mengemas tepi kelim atau karpet untuk mengelakkannya daripada terkoyak atau kusut.

Kembali ke atas