Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : Mn; selelah sejauh, setakat mana jauh­nya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelah
Rujuk :penat

Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-disease managemente-pengurusan penyakitTeknologi Maklumate-KesihatanSistem pendekatan kesihatan yang mengajar pesakit menguruskan penyakit kronik yang dihidapinya, seperti kencing manis, sakit jantung, lelah, kanser, dan HIV. Sistem ini juga melibatkan pesakit, perunding perubatan dan juga pakar perubatan. Sistem ini memudahkan pesakit mempelajari cara penjagaan diri dan cara menghindari komplikasi penyakit.
octaveoktafKesusasteraanPuisiPuisi yang terdiri daripada lapan baris dalam semua rangkapnya. Namun rimanya terutama rima hujung pada setiap baris kebanyakannya adalah bebas. Contohnya. puisi "Petani Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap. Jumlah barisnya sama seperti rangkap pertama ini. jika engkau bertanya tentang rumah kehidupan menidurkan lelah akan kujawabkan siang malamnya bagai hujan badailah memancang ruang sawah ladang.
adult suffragehak undi dewasaSains PolitikPolitik PerbandinganHak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun.

Kembali ke atas