Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar; meletihkan menjadikan letih, memenatkan; keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2. sangat letih: anak muda itu sedang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga; penat: Ayahnya tertidur di kerusi kerana terlalu ~. meletihkan menyebabkan menjadi letih; memenatkan: Berjalan kaki berbatu-batu ~ badan. keletihan 1 keadaan atau rasa letih; kepenatan. 2 berasa letih; dlm keadaan letih: Laksamana dan Sang Setia tersandar di bawah pokok itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letih (adjektif)
Bersinonim dengan penat, lesu, jerih, lelah, litak, mengah, rimpuh;,
Kata Terbitan : meletihkan, keletihan,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combat fatiguelesu tarungPerubatanPsikiatriKeadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan.
combat fatiguelesu tarungPerubatanPsikiatriKeadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan.
Zoom fatiguelesu ZoomPsikologiTiadaKeadaan individu yang letih dan lesu upaya disebabkan penggunaan platform komunikasi maya secara berlebihan, terutamanya yang melibatkan mesyuarat secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi seperti Zoom.
depressionkemurunganKejururawatanTiadaPerasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit.
virtual meeting fatiguelesu mesyuarat mayaPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan individu yang letih dan lesu upaya disebabkan penggunaan platform komunikasi maya secara berlebihan, terutamanya yang melibatkan mesyuarat secara dalam talian yang menggunakan aplikasi tertentu.

Kembali ke atas