Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.hong] | لوهوڠ

Definisi : lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.hong] | لوهوڠ

Definisi : lubang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lohong (kata nama)
Bersinonim dengan lubang, liang, lekuk.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
excitoneksitonFizikNanoteknologiPasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain.
holelohongFizikNanoteknologiKekosongan yang ditinggalkan oleh elektron dalam jalur valens suatu pepejal semikonduktor apabila elektron valens teruja ke jalur konduksi. Lohong bersifat seperti zarah bercas positif elektron dan dapat bergerak untuk menghasilkan arus elektrik dalam arah yang bertentangan dengan arah arus elektron.
semiconductor quantum dotbintik kuantum semikonduktorFizikNanoteknologiHablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor.
extrinsic semiconductorsemikonduktor ekstrinsikFizikNanoteknologiSemikonduktor yang telah didopkan. Bilangan elektron dan lohong adalah berbeza. Bilangan kepekatan lohong dan elektron menentukan semikonduktor tersebut sama ada jenis-n atau jenis-p. Banding semikonduktor intrinsik.
Frenkel excitoneksiton FrenkelFizikNanoteknologiPasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama.
intraband scatteringserakan intrajalurFizikNanoteknologiSerakan elektron atau lohong oleh fonon dalam pepejal, dan selepas serakan pembawa cas tersebut masih berada dalam jalur yang sama. Contohnya, serakan untuk lohong di dalam jalur valens.
intrinsic semiconductorsemikonduktor intrinsikFizikNanoteknologiSemikonduktor tulen yang kepekatan pembawa casnya ditentukan oleh ciri bahan tersebut, biasanya pembawa cas, iaitu elektron dan lohong dihasilkan daripada kesan terma atau kecacatan semikonduktor tersebut. Dalam bahan ini, jumlah elektron dan lohong adalah sama, berbeza dengan semikonduktor ekstrinsik yang pembawa casnya dihasilkan oleh bahan pendop. Contohnya, silikon dan germanium. Banding semikonduktor ekstrinsik.
electroluminescenceelektropendarcahayaFizikNanoteknologiPemancaran cahaya dari suatu bahan apabila dikenakan medan elektrik yang tinggi atau dilalukan arus elektrik tanpa melibatkan penjanaan haba. Fenomena ini ialah hasil gabungan semula elektron dan lohong dalam bahan, biasanya semikonduktor. Elektron yang teruja akan mengeluarkan tenaga sebagai foton. Sebelum penggabungan semula, elektron dan lohong terpisah, sama ada hasil daripada pendopan bahan bagi membentuk simpangan p-n (seperti dalam peranti LED) atau pengujaan menerusi hentaman elektron bertenaga tinggi yang dipecut oleh medan elektrik tinggi (seperti pada fosforus dalam paparan elektropendarcahaya).
quantum dotbintik kuantumFizikNanoteknologiZarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik.
quantum confinementpengurungan kuantumFizikNanoteknologiPengurungan elektron atau lohong dalam semikonduktor berupa sekatan pergerakan dalam satu atau lebih dimensi. Pengurungan kuantum ini dapat berlaku apabila satu atau lebih dimensi hablur dikecilkan sehingga menghampiri saiz jejari Bohr, iaitu 10 nm - 100 nm. Contohnya, bintik kuantum dikurung dalam tiga dimensi, wayar kuantum dalam dua dimensi dan perigi kuantum dalam satu dimensi.
12

Kembali ke atas