Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.bang] | لوبڠ

Definisi : 1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg ber­takung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan ber­lubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.bang] | لوبڠ

Definisi : 1 liang: ~ jarum. 2 rongga: ~ hidung. 3 lekuk di tanah dll: Penyu bertelur di dlm ~ yg digalinya sendiri. ~ angin lubang pd dinding dll utk angin keluar masuk. ~ butang lubang pd pakaian tempat memasukkan butang. ~ mata rongga mata. melubang membuat lubang; menggerek. melubangi membuat atau menebuk lubang pd sesuatu: Ia ~ pintu itu supaya mudah memasang kunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Gooch cruciblemangkuk pijar GoochKimiaKimia AnalisisPenapis yang terdiri daripada cawan porselin yang mempunyai lubang-lubang kecil pada dasarnya dan ditutupi oleh satu lapisan nipis gentian asbestos yang bertindak sebagai medium penurasan. Ia juga dinekali sebagai penuras Gooch.
perforated steel cathodekarbon keluli tertebukKimiaKimia AnalisisKatod yang diperbuat daripada keluli yang mempunyai lubang-lubang halus.
flat bottom holes (FBH)lubang bawah mendatar (FBH)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok penentukuran piawai yang digunakan dalam kaedah ultrasonik bagi menentukan tahap kepekaan prob semasa pemeriksaan bahan. Blok ini mempunyai lubang-lubang bawah mendatar yang bergaris pusat dan berkedalaman tertentu. Banding lubang gerudi sisi.
package dyeingpakej mencelupKesenianHiasan DalamanProses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun.
wormhole porositykeliangan lubang ulirTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLompang yang terjadi semasa proses pemejalan bahan, yang berupa seperti lubang cacing. Keliangan lubang ulir berpotensi untuk menyebabkan kebocoran atau retakan.
valve seat insertsisip dudukan injapKejuruteraan AutomotifEnjinGegelang bulat yang diperbuat daripada keluli terkeras yang ditekan pada lubang injap pengambilan atau lubang injap ekzos dalam kepala silinder untuk membentuk dudukan injap. Gegelang ini boleh ditanggalkan dan digantikan apabila rosak.
side drilled holes (SDH)lubang gerudi sisi (SDH)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok penentukuran piawai yang digunakan dalam kaedah ultrasonik bagi menentukan tahap kepekaan prob semasa pemeriksaan bahan. Blok ini mempunyai lubang gerudi yang bergaris pusat dan kedalaman tertentu. Banding lubang bawah mendatar.
internode holelubang ruasBuluhTiadaLubang yang dihasilkan, sama ada dengan cara menebuk setiap ruas menggunakan gerudi kecil atau menolak batang logam, bagi memecahkan diafragma antara ruas untuk membolehkan bahan kimia masuk ke dalam batang buluh.
beam holelubang alurKimiaKimia AnalisisLubang pada perisai reaktor nuklear atau siklotron untuk membenarkan alur sinaran keluar untuk digunakan.
cat-eye doorlubang intai pintuKejuruteraanTiadaLubang kecil pada pintu atau dinding yang boleh dilihat keadaan di sebalik pintu atau dinding tersebut.
1234567

Kembali ke atas