altered taste | rasa terubah | Kejururawatan | Tiada | Keupayaan deria rasa untuk merasai manis, pahit, masam, atau masin yang berubah akibat gangguan pada reseptor gustatori. |
acid | asid | Herba | Pemiawaian | Sebatian, molekul atau spesies kimia yang bercerai dalam air untuk mendermakan proton, H+ (asid Lowry-Bronsted) atau menghasilkan ion hidrogen, H+ (asid Arrhenius). Larutan asid mempunyai pH kurang daripada 7, rasanya masam, menukarkan kertas litmus biru kepada merah, bertindak balas dengan logam aktif untuk menghasilkan gas hidrogen, dan bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air. Asid seperti H2SO4 digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan alkaloid daun ketum (Mitragyna speciosa). |
citric acid | asid sitrik | Herba | Pemiawaian | Asid organik lemah yang berformula molekul C6H8O7 dan banyak terdapat dalam daun dan buah asam gelugur (Garcinia atroviridis). Sebatian ini merupakan pengawet semula jadi dan juga digunakan untuk menambahkan rasa asid (masam) kepada makanan dan minuman ringan. |
sensory characters | ciri deria | Herba | Tiada | Sifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |