Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengikut cara hidup orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Mangkuk berisi bunga pinang;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Hendak masuk belanja tunang.


Lihat selanjutnya...(87)
Peribahasa

Masuk tiga,
     keluar empat.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

 

Lihat selanjutnya...(57)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indirect traditiontradisi tak langsungKesusasteraanTiadaSesuatu tradisi yang masuk ke dalam kesusasteraan Melayu tidak dari sumber asal tetapi dari sumber lain. Contoh: cerita-cerita India yang masuk ke alam Melayu melalui Arab Parsi.
bent entrytunduk di pintuKesenianSeni BinaPerbuatan merendahkan posisi badan apabila memasuki rumah yang mempunyai pintu yang lebih rendah daripada badan. Perbuatan ini mempunyai unsur falsafah yang menyarankan tetamu supaya menghormati tuan atau pemilik rumah. Tunduk di pintu lazim diamalkan dalam seni bina warisan Melayu, apabila pintu atau laluan masuk dibuat lebih rendah dan tidak tersergam agar tetamu tunduk apabila melalui pintu tersebut. Frank Lloyd Wright, seorang arkitek terkemuka juga telah mereka bentuk pintu masuk atau laluan utama pada bangunan rekaannya menggunakan pendekatan sedemikian.
nursery rhymepuisi kanak-kanakKesusasteraanTiadaPuisi berangkap yang muncul dalam bentuk ringkas, pendek, dan menggunakan bahasa yang mudah. Puisi kanak-kanak mementingkan rima dan baris-baris bersukat supaya mudah diingati dan digemari kanak-kanak. Temanya berkisar tentang pengalaman kanak-kanak, lucu dan berseloroh tetapi mengandungi unsur pengajaran dan moral yang baik. Contoh puisi kanak-kanak yang popular dari Barat adalah seperti yang berikut: �Humpty Dumpty� Humpty Dumpty sat on the wall, Humpty Dumpty had a great fall. All the king�s horses and all the king�s men, Could not put Humpty Dumpty together again. Dalam tradisi Melayu, puisi kanak-kanak sering muncul dalam bentuk pantun dua kerat yang mudah. Contohnya: Satu, dua, tiga, empat, Siapa cepat dia dapat. Puisi kanak-kanak dalam bentuk pantun empat kerat yang mudah. Contohnya: Pak kenek-kenek, Masuk lubang batu; Pesan datuk nenek, Simpan kain baju. Dalam kesusasteraan Arab, lagu buaian Nam Nanah Huwa dan lagu puisi berkumpulan kanak-kanak al-Tha�lab Fat fat. Dalam sastera Pa

Kembali ke atas