virtual reality (VR) | realiti maya (VR) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran buatan janaan komputer yang direka bentuk menyerupai kewujudan fizikal seseorang dalam persekitaran seolah-olah benar untuk pengguna mengalami dan memanipulasi persekitaran tersebut seperti dalam dunia nyata. Kebanyakan persekitaran realiti maya berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Contoh realiti maya dalam e-pembelajaran ialah avatar, muzium maya, makmal maya dan simulator penerbangan. |
webroom | bilik pameran maya | Umum | Tiada | Ruang maya yang memaparkan pelbagai produk yang boleh dilihat atau dibeli oleh pengguna. |
virtual meeting fatigue | lesu mesyuarat maya | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan individu yang letih dan lesu upaya disebabkan penggunaan platform komunikasi maya secara berlebihan, terutamanya yang melibatkan mesyuarat secara dalam talian yang menggunakan aplikasi tertentu. |
virtual classroom | kelas maya | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem kelas dalam talian yang membolehkan pelajar dan pengajar berinteraksi antara satu sama lain serta berkongsi bahan pembelajaran secara maya. Lihat juga e-kelas. |
doxing | dedah maya | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tindakan mendedahkan dan menyebarkan maklumat peribadi tentang individu atau organisasi secara terbuka tanpa izin pemiliknya, misalnya seperti nombor telefon, alamat dan gambar peribadi. Pendedahan ini biasanya dilakukan di dunia maya melalui Internet. |
doxing | dedah maya | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tindakan mendedahkan dan menyebarkan maklumat peribadi tentang individu atau organisasi secara terbuka tanpa izin pemiliknya, misalnya seperti nombor telefon, alamat dan gambar peribadi. Pendedahan ini biasanya dilakukan di dunia maya melalui Internet. |
e-learning environment | persekitaran e-pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran yang membolehkan e-pembelajaran dilaksanakan secara maya atau gabungan antara fizikal dengan maya. Lihat juga e-pembelajaran. |
e-therapy | e-terapi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Perkhidmatan yang merupakan perkembangan terkini dalam pembangunan bidang kesihatan, khususnya kesihatan mental. Ahli terapi atau kaunselor akan memberikan bantuan dan nasihat psikologi secara dalam talian kepada pesakit menggunakan e-mel, telesidang video, realiti maya dan sembang maya. E-terapi juga dikenali sebagai terapi internet atau teleterapi. |
VR headset | set kepala VR | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Peranti yang dipakai di kepala dan memaparkan realiti maya kepada pemakai. Set kepala VR ini diguna pakai dalam permainan komputer dan juga dalam aplikasi lain seperti simulator penerbangan dan makmal maya. Set ini terdiri daripada paparan stereoskopik, bunyi stereo dan sensor-sensor gerakan kepala seperti giroskop, akselerometer dan sistem lampu berstruktur. |
virtual run | larian maya | Sukan | Tiada | Acara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan. |