Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.su.ki]/[me.ma.su/.ki] | مماسوقي

Definisi : 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.su.ki]/[me.ma.su/.ki] | مماسوقي

Definisi : 1 masuk ke dlm sesuatu: Tiada sesiapa pun yg berani ~ gua itu. 2 mengikuti atau mencampuri hal yg dilakukan oleh orang lain; menyertai: ~ peperiksaan; ~ UMNO. 3 mengikuti sesuatu kursus; menjadi pelajar di: Beberapa orang murid dr sekolah itu akan ~ Universiti Kebangsaan pd bulan depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exhaust cutoutpintasan mati ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti berbentuk Y yang berfungsi sebagai injap yang diletakkan di talian ekzos sebelum gas ekzos memasuki peredam bunyi. Peranti ini berfungsi mengawal laluan gas ekzos sama ada memasuki ekzos atau melencongkan aliran tersebut ke paip yang lain tanpa memasuki peredam bunyi.
air cleanerpembersih udaraKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti penapis udara yang memasuki enjin untuk proses pembakaran. Penapis ini boleh menyingkirkan sebarang bendasing. debu, kotoran dan serangga daripada memasuki kebuk pembakaran. Unsur pembersih udara biasanya diperbuat daripada kertas berlisu. Sinonim penapis udara.
congestion pricingbayaran kesesakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna kenderaan bermotor yang memasuki kawasan dalam sesebuah bandar untuk mengawal jumlah kenderaan daripada memasuki kawasan berkenaan.
wild cardpeluang khasSukanTiadaPeluang untuk memasuki pertandingan sukan tanpa perlu mengambil bahagian dalam perlawanan kelayakan atau peringkat tertentu.
scalperpedagang saham singkatEkonomiTiadaPedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham.
scalperpedagang saham singkatEkonomiTiadaPedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham.
commercial burglarypecah masuk komersialKriminologiKeadilan JenayahTindakan memasuki premis komersial seperti pejabat, kedai, stor atau lain-lain tanpa izin pemilik premis, bertujuan untuk mencuri.
surgical emphysemaemfisema pembedahanKejururawatanTiadaKeadaan apabila udara memasuki tisu melalui luka atau insisi pembedahan, biasanya berlaku pada tisu dada dan leher akibat kebocoran dalam paru-paru atau esofagus. Selain itu, bakteria mungkin menghasilkan gas dalam tisu-tisu lembut.
alienorang asingSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia.
burglarypecah rumahKriminologiKeadilan JenayahJenayah harta benda yang melibatkan tindakan memasuki premis seperti rumah atau bangunan tanpa kebenaran atau hak yang sah, bertujuan untuk melakukan jenayah curi.
12345

Kembali ke atas