Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.su/.kan] | مماسوقکن

Definisi : 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.su/.kan] | مماسوقکن

Definisi : 1 membawa atau membiarkan masuk; menyuruh masuk atau menyuruh menyertai sesuatu pertubuhan dll: Doktor telah menyuntik kami utk ~ ubat yg dpt mencegah penyakit itu. 2 menaruh di dlm sesuatu; menyimpan: Dia ~ RM50.00 pd tiap-tiap bulan ke dlm akaun simpanannya di bank itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Peribahasa

Memasukkan (= mengenakan,
     menjalankan) jarum halusnya.

Bermaksud :

Mengenakan tipu daya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inoculationpenginokulatanBiologiMikrobiologi1. Proses memasukkan inokulum ke dalam perumah. 2. Meletakkan atau memasukkan mikroorganisma di medium pertumbuhan.
inoculateinokulat; menginokulasiPerubatanTiada1. Memasukkan mikroorganisma atau serum terjangkit ke dalam tisu atau medium kultur untuk tujuan kajian.,2. Memasukkan agen penyakit ke dalam individu sihat untuk menghasilkan keimunan aktif.
tree pit preparationpenyediaan lubang pokokLandskapTiadaOperasi menggali lubang dan memasukkan bahan organan ke dalam lubang penanaman sebelum memasukkan pokok ke dalam lubang tersebut.
inoculationinokulasiPerubatanTiada1. Proses memasukkan mikroorganisma atau serum terjangkit ke dalam tisu hidup atau medium kultur untuk mengkaji kesan toksin mikroorganisma yang berkenaan.,2. Proses memasukkan agen penyakit seperti vaksin virus ke dalam individu sihat untuk menghasilkan keimunan aktif pada individu tersebut.
inoculationinokulasiPerubatanTiada1. Proses memasukkan mikroorganisma atau serum terjangkit ke dalam tisu hidup atau medium kultur untuk mengkaji kesan toksin mikroorganisma yang berkenaan. 2. Proses memasukkan agen penyakit seperti vaksin virus ke dalam individu sihat untuk menghasilkan keimunan aktif pada individu tersebut.
beatingpukul; paluan; putarPentadbiran PerniagaanTiadaPukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
beatdenyut ; pukul; putarPentadbiran PerniagaanTiada3. Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,4. Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
beatdenyut ; pukul; putarPentadbiran PerniagaanTiada3. Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,4. Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
fade inresap jelmaKomunikasiTiadaArahan yang diberikan oleh pengarah atau penerbit kepada juruaudio atau juruvisual supaya memasukkan bunyi atau visual secara perlahan-lahan dan terakam. Contohnya, memasukkan bunyi muzik secara perlahan-lahan ke dalam rancangan.
inoculation methodkaedah inokulasiPertanianAgroteknologiKaedah memasukkan mikroorganisma bermanfaat kepada tumbuhan untuk memberikan ciri-ciri yang baik kepada tumbuhan itu. Contohnya, bakteria rizobium dicampurkan dengan biji benih tanaman kekacang supaya bakteria tersebut dapat menjangkiti akar tanaman apabila bercambah. Kehadiran rizobium membolehkan tanaman mendapat bekalan nitrogen pada akarnya. Kaedah inokulasi yang dilakukan adalah dengan menggaul campuran rizobium dengan kompos kepada biji benih kekacang sebelum ditanam. Bagi memastikan rizobium melekat pada benih, bahan pelekat seperti gam arabik boleh dicampurkan sekali. Bagi penghasilan cendawan misalnya, kaedah inokulasi dilakukan dengan memasukkan spora cendawan pada substrat seperti habuk papan. Bagi meningkatkan hasil resin pokok gaharu pula, kaedah inokulasi yang dilakukan adalah dengan menebuk batang dan memasukkan kulat tertentu pada batang pokok tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas