[me.nem.pat.kan] | منمڤتکن
Definisi : 1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ kedua-dua tapak tangannya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~ wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki mem-berikan tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nem.pat.kan] | منمڤتکن
Definisi : 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)