altimeter | altimeter | Sains Marin | Tiada | Alat yang digunakan untuk menentukan ketinggian suatu objek relatif terhadap aras tertentu. Umumnya terdapat dua jenis altimeter, iaitu altimeter tekanan yang menentukan ketinggian secara penghampiran berdasarkan pengukurantekanan dengan menggunakan taburan suhu piawai altimeter tekanan dan altimeter radio. Altimeter radio pula menentukan ketinggian dengan menggunakan teknik elektronik. |
bioassay | biocerakin | Herba | Pemiawaian | Proses yang dijalankan untuk menentukan keaktifan biologi sesuatu zat. Contohnya, uji kaji yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan ekstrak herba bagi merencat pertumbuhan sesuatu kulat dilakukan dengan menginokulasi kulat tertentu dalam medium yang mengandungi bahan ekstrak tersebut. |
main narrator | pengisah utama | Kesusasteraan | Tiada | Pengisah yang bertanggungjawab dalam menentukan keseluruhan aspek yang terdapat dalam sesebuah karya. Aspek dalam karya termasuklah menentukan judul, corak penceritaan dan perwatakan serta pemilihan bahasa. |
self-directed learning | pembelajaran terarah kendiri | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu proses yang melibatkan pelajar menentukan sendiri keperluan dan objektif pembelajarannya, memilih bahan pembelajaran, menentukan strategi pembelajaran dan menilai pencapaian di bawah seliaan pengajar. Lihat juga andragogi. |
long-term stability testing | ujian kestabilan jangka panjang | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ujian yang dilakukan untuk menentukan kestabilan produk herba dalam keadaan penstoran yang ditetapkan bagi menentukan tempoh ujian semula atau tempoh simpan. Keadaan penstoran yang ditetapkan adalah seperti suhu bilik 30°C ± 2°C dan kelembapan 65% ± 5 atau 25°C ± 2°C dan 60% ± 5. Kebiasaannya, kekerapan ujian dijalankan setiap 3 bulan pada tahun pertama, 6 bulan pada tahun kedua, dan 12 bulan pada tahun yang berikutnya. |
commodity exchange | bursa komoditi | Ekonomi | Tiada | Institusi yang melaksanakan kontrak pembelian dan penjualan komoditi, dan menentukan peraturan secara serta-merta, atau terutamanya secara ke depan. Kontrak pembelian dan penjualan ini menentukan harga, jumlah, mutu, dan syarat-syarat penyerahan komoditi tersebut. Lihat juga pasaran ke depan, pasaran semerta. |
microscopical examination | pemeriksaan mikroskopi | Herba | Tiada | Kaedah untuk menentukan ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur dan rupa bahan herba seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya dengan menggunakan mikroskop. Kaedah ini berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk utuh atau yang telah diserbukkan. Bahan herba biasanya dirawat dengan bahan pelekap tertentu untuk melihat struktur tisu dan sel di bawah mikroskop cahaya. Setiap bahan herba mempunyai ciri mikroskopi tersendiri seperti stomata, trikom, fiber, vesel dan kandungan sel ergastik yang spesifik. Ciri ini boleh digunakan untuk membezakan antara spesies tumbuhan dan pemiawaian bahan herba. Contohnya, sel stomata akan kelihatan pada permukaan bawah spesimen daun, sel debunga pada bunga dan sel kanji pada rizom. Parameter kuantitatif seperti indeks stomata boleh digunakan untuk membezakan spesies yang hampir sama. |
IIW type calibration block | blok tentukuran jenis IIW | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok logam (keluli, aluminium dan aloi) tentukuran piawai yang digunakan untuk pelbagai kegunaan semasa ujian ultrasonik. Antara kegunaan blok ini termasuklah untuk menentukurkan masa dasar, indeks prob, menentukan sudut prob, menentukan resolusi, kepekaan, kelinearan dan kuasa penembusan alat ujian ultrasonik. Blok ini terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz besar (V1) dan saiz kecil (V2). Blok ini dikeluarkan oleh IIW. |
mass analyzer | penganalisis jisim | Fizik | Nanoteknologi | Spektrometer jisim yang digunakan untuk menentukan komposisi kimia suatu sampel berasaskan pemisahan ion mengikut nisbah jisim per cas (m/z). Bahan sampel analisis ini terlebih dahulu dijadikan ion bergas dan dialirkan dalam medan magnet dan elektrik. Alat ini juga dapat menentukan komposisi isotop satu atau lebih unsur dalam sesuatu sebatian. |
standard | standard | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen yang diterbitkan bagi menghasilkan spesifikasi dan tatacara untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu bahan, produk, kaedah, dan/atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Dokumen ini merangkumi pelbagai isu termasuklah protokol yang membantu menentukan kefungsian dan keserasian produk, dan menjamin keselamatan pengguna serta kesihatan orang awam. |