Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.pa.ti] | منڤتي

Definisi : 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.pa.ti] | منڤتي

Definisi : 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti di­tepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa

Beralih kain di balik rumah;
     beralih cakap di balik lidah.

Bermaksud :

Tidak menepati janji.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
invalid transactiontransaksi tidak sahTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTransaksi yang gagal memenuhi atau menepati syarat transaksi lengkap. Transaksi capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut.
emblematicnama lambangKesusasteraanTiadaNama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang.
rejected productproduk ditolakHerbaPeraturan dan PemasaranProduk herba yang tidak diterima permohonan pendaftarannya oleh pihak berkuasa kerana tidak menepati spesifikasi kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.
product recallpenarikan balik produkHerbaPeraturan dan PemasaranProses mengambil semula produk berdaftar atau bernotifikasi yang berada di pasaran. Produk ini telah disahkan tidak menepati spesifikasi kualiti dan keselamatan dan berisiko kepada kesihatan pengguna. Penarikan balik produk diarahkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kepada pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi. Penarikan balik produk juga boleh dilakukan secara sukarela oleh pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi.
Certificate of Analysis (COA)sijil analisis (COA)HerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang melaporkan dan memperakukan keputusan ujian analisis suatu bahan atau produk herba yang menepati tahap kualiti atau ketulenan berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan. Dokumen ini biasanya dikeluarkan oleh syarikat atau makmal berakreditasi yang menjalankan analisis tersebut. Sijil analisis diperlukan oleh syarikat pembeli atau agensi kerajaan untuk mengesahkan identiti dan tahap kualiti bahan tersebut.
jarchajarchaKesusasteraanTiadaRangkap akhir dalam puisi al-muwashshahah dan dianggap sebagai penutup atau penamat puisi tersebut. Puisi al-muwashshahah yang tidak berakhir dengan jarcha dianggap tidak lengkap dan tidak menepati syarat yang diperlukan dalam pembentukan al-muwashshahah. Oleh itu, jarcha dianggap bahagian asas dalam binaan al-muwashshahah. Jarcha biasanya mengandungi beberapa keratan ayat dengan menggunakan wazan (meter) serta qafiah (huruf akhir) yang sama seperti yang terdapat dalam matla� dan qufl. Bahasa yang digunakan dalam jarcha diolah menjadi bahasa Arab standard. Penggunaan bahasa standard ini mengikut kaedah tatabahasa, dan kadangkala bahasa pasar atau bahasa asing digunakan. Rangkap terakhir puisi al-muwashshahah ini seing digunakan oleh para penyair, dan memberikan isyarat kepada pendengar bahawa puisi ini sudah sampai ke penghujungnya. Jarcha dikenali juga sebagai kharja.

Kembali ke atas