Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.had.kan] | مڠحدکن

Definisi : 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.had.kan] | مڠحدکن

Definisi : menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maximum disability policypolisi hilang upaya maksimuminsuransTiadaInsurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya.
maximum disability policypolisi hilang upaya maksimumPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya.
collimationpengkolimatanKejuruteraanTiadaProses mengehadkan alur sinaran pada dimensi dan sudut serakan.
caries controlpengawalan kariesPerubatanTiadaKaedah mengehadkan pembentukan karies.
delimitationpersempadananSejarahTiadaPerihal membataskan atau mengehadkan sempadan antara dua negara yang bersengketa.
minimalismminimalismeKesusasteraanTiadaGaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan.
peak limiterpengehad puncakKejuruteraanTiadaPeranti yang mengehadkan secara automatik, magnitud isyarat keluarannya kepada nilai maksimum terpraset dengan cara menurunkan pembesarannya apabila amplitud isyarat ketika melebihi nilai terpraset.
frequency conditionsyarat frekuensiKejuruteraanTiadaSyarat yang mengehadkan pemancaran sinaran daripada sesuatu atom kepada frekuensi yang tertentu sahaja.
limiter circuitlitar pengehadSosiologiTiadaLitar untuk mengehadkan isyarat pada amplitud yang tertentu.
interest restrictionhad faedahPentadbiran PerniagaanTiadaProses mengehadkan faedah yang boleh dibenarkan sebagai potongan.
12345678910...

Kembali ke atas