Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.cur.kan] | مڠهنچورکن

Definisi : 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.cur.kan] | مڠهنچورکن

Definisi : 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bamboo crusherpenghancur buluhBuluhTiadaAlat yang digunakan untuk menghancurkan buluh menjadi cebisan sebelum dijadikan komposit.
osteoclastosteoklasSains SukanBiomekanikSel pada tulang yang berfungsi untuk menghancurkan tisu tulang dengan cara melarutkan kembali mineral di dalam darah.
mechanical pulpingpempulpaan mekanikalBuluhTiadaPempulpaan menggunakan kaedah mekanikal seperti pengisar, untuk menghancurkan kayu tanpa menggunakan bahan kimia. Pempulpaan mekanikal mengeluarkan hasil yang tinggi, tetapi memiliki kekuatan yang rendah.
semi-mechanical pulpingpempulpaan semimekanikalBuluhTiadaPempulpaan menggunakan kaedah mekanikal seperti pengisar, untuk menghancurkan kayu dengan menggunakan bahan kimia bagi menghasilkan pulpa mengikut kualiti yang ditetapkan.
medium density fibreboardpapan gentian ketumpatan sederhanaKesenianHiasan DalamanKepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur
network service attackserangan khidmat rangkaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan yang bertujuan mengganggu, menghalang, merosak atau menghancurkan, sama ada suatu rangkaian, maklumat dalam rangkaian atau komputer yang bersambung kepada rangkaian tersebut.
antilithicantikarangHerbaFitoterapi1. Bahan yang berupaya menghalang pembentukan batu karang atau kalkulus. 2. Bahan yang mampu melarutkan atau menghancurkan batu karang.

Kembali ke atas