status quo | status quo | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengekalan status yang sedia ada dalam sesuatu kedudukan seperti golongan tertentu menguasai politik, manakala golongan lain menguasai ekonomi. Kedudukan ini akan dikekalkan dan sebarang usaha untuk mengubahnya akan dihalang. Sesebuah parti yang memerintah akan berusaha untuk mengekalkan status quo yang ada. Contohnya, Barisan Nasional akan cuba memelihara status quo yang ada dalam setiap pilihan raya yang diadakan. |
state capitalism | kapitalisme negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara. |
aristocrat | golongan bangsawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat. |
one-party dominant | dominan satu parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang dikuasai oleh sebuah parti yang sering kali berjaya menguasai sesebuah kerajaan. Walaupun pelbagai parti dibenarkan bersaing dalam pilihan raya, namun parti dominan ini yang pasti menang. Kemenangan yang dicapai membolehkan parti ini memperkukuhkan kedudukannya dengan menguasai segala agensi pemerintahan serta memastikan penguasaannya dalam pilihan raya akan datang. Contohnya, sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura atau parti gabungan Barisan Nasional di Malaysia. |
dominant land | tanah menguasai | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
dominant tenant | penyewa menguasai | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
two-party system | sistem dua parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal. |
oppression | penindasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menguasai dan mengambil keuntungan oleh pihak yang lebih berkuasa terhadap golongan yang lebih lemah. Golongan berkuasa melakukan pemerasan dengan memerah tenaga buruh atau mendapatkan sebarang khidmat golongan lemah untuk kepentingan mereka. Penindasan boleh berlaku dalam pelbagai aspek seperti politik, budaya, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melalui penindasan ini, golongan atasan mendapat keuntungan yang tinggi manakala golongan bawahan hidup dengan lebih terhimpit, tidak diberi peluang yang sama, hak yang sepatutnya dan disekat kebebasan berpolitiknya. Contohnya, golongan Kulak (Rusia), Zamindar (India), Komprador (Amerika Latin) dan Kapitalis (Great Britain) menindas golongan buruh dan petani dalam masyarakat masing-masing. |
power | kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan. |
kulak | kulak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan petani kaya yang menguasai perkembangan ekonomi luar bandar pada abad ke-19 di Rusia. Mereka memiliki tanah yang luas dan mengupah petani lain bagi mengerjakan tanah mereka dengan upah yang rendah. Tindakan ini menyebabkan kedudukan mereka dikritik hebat sebagai pemeras, terutamanya oleh parti komunis Rusia pada waktu itu. Selain menjadi tuan tanah, mereka juga menjadi sumber kepada petani bawahan meminjam wang, meminta kerja dan berbagai-bagai bentuk bantuan lain sehingga mereka menjadi golongan penting dalam masyarakat tani Rusia. Keadaan ini tidak banyak berbeza dengan hazienda di Amerika Latin dan zamindar di India. |