Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ra.gam.kan] | مڽراݢمکن

Definisi : menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ra.gam.kan] | مڽراݢمکن

Definisi : menjadikan seragam: Usaha ~ ejaan bahasa Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan dlm tahun 1972. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
customs unionkesatuan kastamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang menyeragamkan sekatan perdagangan terhadap import dari negara bukan anggota. Terdapat kesatuan kastam yang hanya menyeragamkan kadar tarif seperti Pasaran Bersama Selatan (MERCOSUR). Terdapat juga kesatuan kastam yang turut menyeragamkan sekatan bukan tarif seperti Komuniti Eropah menerusi Dasar Komersial Bersama. Penyeragaman sekatan bukan tarif merupakan langkah awal ke arah penubuhan pasaran bersama.
regional trade agreementperjanjian perdagangan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian antara dua atau lebih negara dalam sesuatu rantau bagi mengurangkan tarif dan halangan perdagangan yang lain. Terdapat perjanjian yang hanya mengurangkan atau menyeragamkan sekatan perdagangan antara negara anggota. Terdapat juga perjanjian yang mengurangkan atau menyeragamkan sekatan perdagangan yang dikenakan kepada negara bukan anggota. Selain itu, terdapat juga perjanjian yang menyeragamkan dasar perdagangan luar secara menyeluruh.
flattening filtertapis perataKejuruteraanTiadaPenapis berbentuk khas digunakan untuk menyeragamkan alur sinaran.
synchronizing unitunit segerakPendidikanTiadaAlat dalam projektor slaid untuk menyeragamkan bunyi suara dengan gambar yang ditayangkan, dan boleh digunakan bersama-sama pita audio.
modulemodulKesenianSeni BinaUnit ukuran yang menjadi asas untuk menyeragamkan perancangan sesuatu ruang. Ia merujuk kepada reka bentuk sistem yang terdiri daripada komponen-komponen yang boleh digabungkan untuk membentuk sesebuah bangunan. Seni bina yang berasaskan modul (seni bina modular) mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia boleh menggantikan atau menambah mana-mana satu komponen (modul) tanpa menjejaskan keseluruhan sistem.
API unitunit APIKejuruteraanPetroleumUnit piawai yang dibentuk oleh American Petroleum Institute (API) untuk menyeragamkan gerak balas ataua kepekaan alat-alat pengelogan sinar gama atau pengelogan neutron. Alat ditentukurkan dengan nilai sinaran yang diketahui dalam lubang uji API.
pallettingpenengkelenBiologiPatologiPenyalutan biji benih dengan bahan tertentu, misalnya campuran baja, petisid dan bahan lain yang bertujuan untuk melindungi biji benih, membaja benih, menyeragamkan saiz dan bentuk, dan lain-lain lagi.
furringpelapikKesenianHiasan DalamanKerangka ringan atau kepingan kayu dan besi yang digunakan pada dinding, rasuk atau apa juga permukaan untuk menyokong permukaan kemasan dan menyeragamkan atau meratakan permukaan.
pitch class setset klasiflkasi picMuzikTiada

 Kaedah pelabelan set pic dengan menggunakan sistem nombor 0 hingga 12. Setiap pic tersebut tidak dilabelkan dengan huruf abjad serta tanda kromatnya. Sekiranya pic pertama dalam set itu ialah C, maka C dinomborkan 0, C# atau Db dinomborkan 1, D dinomborkan 2, D# atau Eb dinomborkan 3, E dinomborkan 4 dan seterusnya. Set pic yang terdiri da­ripada C, C#, E dikenali sebagai set klasiflkasi pic (0, 1,4). Untuk memudahkan dan menyeragamkan sistem pengklasifikasian, set klasiflkasi pic ini diatur mengikut susunan terdekat yang dikenali sebagai bentuk primer. Not pada bar 1 disusun dalam bentuk primer pada bar 2.


Kembali ke atas