Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capstankapstanPerpustakaanTiadaAlat perhiasan yang menyerupai gelendong atau alat penggulung benang yang digunakan dalam jilidan bahan.
floorballbola lantaiSukanTiadaSukan yang menyerupai hoki tetapi dimainkan secara tertutup di gelanggang rata dengan menggunakan kayu pemukul yang lebih ringan dan bola yang berbeza daripada sukan hoki.
conveyorpenghantarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat menyerupai kereta yang bergerak di atas landasan tanpa pemandu untuk mengangkut kepingan kerja logam.
reedmensiangKesenianHiasan Dalaman1. Kumai yang menyerupai rumput panjang yang terdapat dalam air cetek atau paya. 2. Sebahagian daripada alat tenunan karpet yang mempunyai jalur logam nipis dan ruang di antaranya supaya yarn lungsin melepasi ruang tersebut. Pergerakan mensiang ini akan menolak dan mengetatkan yarn ke dalam fabrik atau karpet.
adenoidadenoidPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang menyerupai kelenjar.
crescentkresen(bentuk); sabitSejarahTiadaSesuatu yang menyerupai lingkungan bulan sabit.
e-papere-kertas-TiadaKertas elektronik yang menyerupai kertas biasa dalam peranti paparan digital.
honeypotumpan maduTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang menyerupai sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Sistem ini mungkin diisi dengan data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Sistem ini dapat membantu pemilik sistem mempelajari dan memperbaik kelemahan yang terdapat pada sistem komputernya. Lihat juga rangkaian umpan madu.
granulomagranulomaPerikananAkuakulturPerubahan patologi tisu ikan yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk sebagai tindak balas kepada jangkitan, keradangan, atau kehadiran bahan asing ke dalam sistem badan ikan. Pembentukan granuloma terhasil daripada pengumpulan dan penggandaan sel-sel makrofaj semasa ia membendung bahan asing seperti patogen bakteria, kulat dan cacing daripada merebak ke bahagian lain.
beaterpemecahPerpustakaanTiadaBahagian mesin membuat kertas, yang menyerupai saluran tas yang akan memecahkan bahan mentah untuk tujuan mengurangkan dan memisahkan serat.
1234

Kembali ke atas