Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.suai.kan] | مڽسوايکن

Definisi : menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.suai.kan] | مڽسوايکن

Definisi : menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Pendek dihubung,
     panjang dikerat.

Bermaksud :

Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fine-tunetalaan halus-TiadaProses menyesuaikan bahan terbitan untuk mencapai hasil yang terbaik.
onboardingsuai tugasPentadbiran PerniagaanTiadaProses menyesuaikan pekerja baharu ke dalam organisasi yang meliputi jenis pekerjaan yang akan ditangani, suasana di tempat kerja, interaksi dengan rakan sekerja dan sebagainya.
copy fittingsuai padan naskhah-TiadaProses menyesuaikan kandungan teks dengan saiz fon, jarak di antara baris, menstrukturkan ayat, mengubah suai saiz bahan grafik atau cara lain untuk disesuaikan dengan ruang halaman yang telah ditetapkan.
xerophytexerofitHerbaTiadaTumbuh-tumbuhan yang telah menyesuaikan hidup sehingga tahan atau boleh hidup dalam keadaan kering. Contoh herba xerofit ialah kaktus dan buah naga.
herbal standardizationpemiawaian herbaHerbaTiadaKaedah yang menyelaraskan atau menyesuaikan bahan mentah dan sediaan herba kepada suatu kandungan atau kumpulan kandungan bahan yang mempunyai aktiviti terapeutik tertentu sama ada dengan penambahan eksipien atau pencampuran bahan mentah atau sediaan herba tertentu. Kaedah pemiawaian merangkumi analisis organoleptik, spektroskopi, kromatografi, assai dan lain-lain. Pemiawaian membolehkan penentuan secara tepat paras kandungan bahan kimia aktif atau bahan penanda bagi memastikan bahan mentah atau sediaan herba mempunyai kualiti yang konsisten. Contohnya, ekstrak misai kucing dipiawaikan mengandungi 0.02% sinensetin.
mutant learnerpelajar mutanTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang mudah menyesuaikan diri, berkembang dan berubah untuk memanfaatkan pembelajaran sambil berkongsi dan menyumbang pengetahuan untuk membantu pelajar lain. Mereka menggunakan teknologi dan alat dalam talian dalam proses tersebut.
adaptogenadaptogenHerbaTiadaHerba yang menggalakkan sistem imun bagi membantu tubuh menyesuaikan perubahan, mengawal atur stres dan mengembalikan kerintangan imun secara semula jadi. Contoh herba ini ialah pegaga, kacip fatimah, bawang putih, gingko, echinacea (ekinasea), ginseng dan goldenseal.
load-followingikut bebanSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeupayaan loji kuasa nuklear untuk menyesuaikan penjanaan tenaga elektrik mengikut permintaan.
process optimizationpengoptimuman prosesTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPeraturan yang diselaraskan untuk menyesuaikan beberapa set parameter bagi mengoptimumkan sesuatu proses tanpa melampaui halangan. Pengoptimuman proses bertujuan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil atau kecekapan proses.
alcovealkofKesenianHiasan DalamanRuang kecil di dalam bilik yang dibina melalui tebukan dinding dengan menyesuaikan saiz katil. Istilah ini berasal daripada kata Arab, iaitu al-qubbah, tetapi dalam bahasa Sepanyol, dikenali sebagai alcoba. Alkof banyak dibina pada abad ke-18 di negara Eropah.
12

Kembali ke atas