Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.run.cing] | مرونچيڠ

Definisi : 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.run.cing] | مرونچيڠ

Definisi : 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rising actionaksi menaikKesusasteraanTiadaBahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan ceritanya meningkat melalui konflik yang semakin meruncing atau menegang, sehingga tiba ke kemuncak plot atau klimaks. Bahagian ini terletak selepas eksposisi atau pengenalan dan diisi dengan keruwetan, konflik dan ketegangan. Lihat juga babak, eksposisi, ketegangan, konflik, plot, puncak, ruwetan. Banding aksi menurun.
cabinet makingpembuatan kabinetKesenianHiasan DalamanSeni penghasilan perabot kayu yang berkualiti tinggi, contohnya kabinet, rak dan perlengkapan bilik tidur. Seni pembuatan perabot ini melibatkan pelbagai teknik antaranya kerja penyambungan, melereng, meruncing dan menggunakan alat kemasan untuk menghasilkan hiasan yang bermutu tinggi.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.

Kembali ke atas