motive | motif | Kesusasteraan | Tiada | Unit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan ialah satu motif, begitu juga pembuangan, fitnah, fakir, ibu tiri dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud motif panduan. |
disguise | samar | Kesusasteraan | Tiada | Unsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya. |
motif | motif | Kesusasteraan | Puisi | Pemikiran dan gagasan yang menjadi dasar dan menjiwai kesemua unsur lain yang membangunkan sesebuah puisi. Motif sentiasa muncul sama ada secara langsung atau tidak langsung di sepanjang proses tersebut. |
motif | motif | Muzik | Tiada | Melodi atau ritma pendek yang berperanan sebagai satu unsur asas yang utama dalam sesuatu karya. Biasanya motif diperkembang, divariasikan, diubah suai atau diulang semula sepanjang karya. |
motive | motif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sebab, alasan atau faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Motif boleh dalam bentuk positif atau negatif. Motif yang positif tidak mencerminkan niat yang positif. Contohnya, perbuatan memandu melebihi had laju untuk tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, masih dianggap sebagai satu kesalahan dengan niat walaupun dilakukan dengan motif yang baik. |
pineapple | motif nanas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Motif hiasan berbentuk nanas yang terdapat pada kepala katil dan perabot lain. Di England dan Amerika, motif ini biasanya digunakan pada kemasan kepala pintu utama sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu. |
archetype | tipa induk | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye. |
kernel | kernel | Kesusasteraan | Tiada | Motif yang secara logiknya sangat penting dalam pembentukan atau kelancaran sesebuah naratif. Sesebuah karya terbina daripada susunan peristiwa yang berturutan secara logik. Motif utama yang menjadi asas susunan peristiwa itu berperanan sebagai inti atau kernel kepada sesuatu karya. Sebarang cubaan untuk menghilangkan motif yang menjadi inti karya itu akan menyebabkan plot cerita terganggu dan tidak berfungsi dengan teratur. |
conditional joy | nikmat bersyarat | Kesusasteraan | Tiada | Motif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains. |
generative content | kandungan generatif | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks sastera yang mengandungi isi penting yang dapat menjana perkembangan cerita atau dapat diperkembangkan dengan tujuan menyuburkan cerita tersebut. Kandungan generatif mungkin merupakan idea utama, motif yang berulang-ulang dalam naratif (leit-motif), atau imej yang mengawal keseluruhan tema. Dalam roman Melayu, tema percintaan merupakan isi generatif. Motif buangan merupakan leit-motif yang utama. Dalam teori morfologi Propp (1968), unsur plot yang disebut fungsi merupakan isi generatif dalam cerita pari-pari kerana unsur ini menjana perkembangan cerita seterusnya. Contohnya, fungsi penganiayaan atau kekurangan merupakan fungsi yang terawal dalam skema plot yang menjana perkembangan cerita sehingga ke akhirnya. Lihat juga fungsi. |