Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : organisma haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yg berupaya menjalani proses kehidupan spt bernafas, makan, membesar, dan membiak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.nis.ma] | اورݢانيسما

Definisi : ist benda-benda hidup, iaitu haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan benda hidup, hidupan, haiwan, binatang, tumbuh-tumbuhan, sel.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immuneimunKejururawatanTiadaPerihal daya ketahanan menentang jangkitan akibat kehadiran antibodi khusus terhadap organisma-organisma tertentu.
burrowing organismorganisma penggaliSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggali ke dalam sedimen. Organisma penggali sangat penting kepada ekosistem bentik kerana aktiviti organisma penggali mempengaruhi kedinamikan, irigasi dan kadar pengoksigenan sedimen. Contohnya, kerang, ikan belacak, siput pepahat, cacing poliket dan lain-lain. Lihat juga biokacauan.
phylogenyfilogeniBioinformatikBioinformatik MolekulPertalian dan perkaitan antara biomolekul dengan biomolekul atau organisma dengan organisma berdasarkan perkembangan evolusi.
energy flowaliran tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPemindahan tenaga daripada satu organisma kepada organisma lain yang wujud dalam ekosistem melalui rantaian makanan. Contohnya, pengaliran tenaga daripada matahari kepada plankton, kemudian kepada hidupan akuatik dan seterusnya kepada manusia dalam rantaian makanan.
genetic manipulationmanipulasi genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah memasukkan atau membuang gen daripada satu organisma kepada organisma lain. Manipulasi gen merupakan kaedah yang melibatkan kejuruteraan genetik.
horizontal/lateral gene transferpemindahan gen mendatarBioinformatikBioinformatik MolekulPemindahan bahan genetik daripada organisma penderma kepada organisma penerima yang bukan zuriat (anak) melalui proses transduksi, transformasi dan konjugasi. Pemindahan gen mendatar ini merupakan faktor penting dalam evolusi organisma.
genome plasticitykeliutan genomBioinformatikBioinformatik MolekulKeupayaan meliut semula jadi dalam genom prokariot yang membenarkan pertukaran cairan DNA dari satu organisma ke organisma yang lain. Keliutan genom membenarkan prokariot mengadaptasikan genom mereka dengan pantas bagi membolehkan mereka bermandiri dengan perubahan persekitaran.
boring organismorganisma penggerekSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggerek ke dalam substratum seperti kayu, batu karang dan substratum keras yang lain. Ahli-ahli daripada beberapa filum seperti Porifera, Annelida, Arthropoda, Moluska dan Echinodermata diketahui mempunyai adaptasi untuk cara hidup ini. Organisma penggerek dapat dibahagikan kepada jenis yang berbeza berdasarkan keupayaan untuk menggerek substratum yang berbeza, sama ada secara mekanikal atau secara kimia. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek kepada struktur binaan (terutamanya kayu) di persekitaran marin disebut sebagai hakisan biologi. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek memberikan impak besar kepada ekonomi dan industri maritim.
bioturbationbiokacauanSains MarinTiadaGangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen.
sporesporaPerikananAkuakulturSel pembiakan organisma patogen. Spora mampu berkembang menjadi organisma baharu secara aseksual. Contoh organisma yang menghasilkan spora ialah bakteria dan kulat.
12345678910...

Kembali ke atas