Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificateperakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerDokumen elektronik yang ditandatangani secara digital oleh pihak yang berwibawa. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang suatu entiti dan kekunci awam entiti tersebut.
spoofperdayaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyamaran identiti aset sistem komputer seperti data, pengguna atau peranti untuk memperdaya pihak yang disasarkan tentang kesahihan aset berkenaan, sumber dan sebagainya.
crackerperekahTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu berperwatakan penggodam dan pengguna hasad yang menggunakan kemahiran pengatucaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer milik pihak lain. Beliau menerbitkan hasil kerjanya dalam bentuk kod perengkah, skrip, warez atau aturcara yang boleh digunakan oleh pengguna hasad lain seperti budak skrip. Sinonim topi hitam.
replicatorpereplikaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang menyalinkan dirinya sendiri, sama ada untuk tujuan yang dibenarkan atau sebagai pembuatan hasad. Salinan asal tidak dibatalkan. Contoh perisian pereplika ialah cecacing Internet, virus, agen cerdas untuk carian selari atau proses yang menggunakan arahan fork.
spywareperisian intipTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi.
adwareperisian iklanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip.
crashranapTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang berlaku pada aset sistem komputer apabila suatu kerosakan atau kesilapan penggunaan menyebabkan aset sistem komputer berkenaan seperti perisian atau papan ibu tidak dapat berfungsi dengan betul.
honeynetrangkaian umpan maduTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian sistem yang menyerupai rangkaian sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Rangkaian sistem ini mungkin diisi data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Lihat juga umpan madu.
stringrentetanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSusunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden.
retrovirusretrovirusTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang memastikan semua media sandaran bagi data yang dijangkiti juga dijangkiti dengan virus berkenaan. Pemilik data tidak bole memulihkan maklumatnya kerana semua salinan telahpun dijangkiti dengan virus yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas