Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh­-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudopregnancybunting palsuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang menunjukkan tanda seakan-akan bunting seperti pembesaran di bahagian abdomen. Bunting palsu berpunca daripada korpus luteum yang tidak rosot dan kekal merembeskan hormon progesteron. Bunting palsu kadang kala berlaku pada kambing, biri-biri dan anjing.
counterfeit productproduk palsuHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang ditiru dan disalah label dengan sengaja dari segi aspek identiti dan/atau sumbernya. Produk palsu termasuk produk yang mengandungi bahan betul atau bahan salah, mengandungi kuantiti bahan aktif yang tidak betul, tanpa mengandungi bahan aktif, atau mempunyai pembungkusan palsu.
accidental adulterationcampur palsu secara tidak sengajaHerbaTiadaPerlakuan tidak sengaja mencampurkan bahan mentah atau sediaan herba tulen dengan bahan pemalsu. Campur palsu disebabkan kecuaian semasa proses pengumpulan, pengeringan dan pembungkusan bahan mentah, serta semasa pengilangan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah unsur tanah, bahagian tumbuhan yang tidak tulen dan rumpai. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
deliberate adulterationcampur palsu secara sengajaHerbaTiadaPerlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
false indicationpetunjuk palsuTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTanda-tanda yang memberikan maklumat palsu tentang keadaan bahan atau sampel ujian. Tanda-tanda ini terdapat pada semua kaedah ujian tanpa musnah. Contohnya, dalam kaedah ujian radiografi, filem yang tercalar mungkin ditafsirkan sebagai terdapatnya keretakan pada bahan sedangkan bahan itu berada dalam keadaan yang selamat. Dalam ujian ultrasonik, isyarat yang diterima mungkin bukan daripada ketakselanjaran, tetapi disebabkan oleh reka bentuk komponen.
adulterationcampur palsuHerbaTiadaPenambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu.
dumb-waiterpelayan palsuKesenianHiasan DalamanKotak bertingkat yang boleh diturunnaikkan seperti lif untuk membawa makanan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Pelayan palsu biasanya digunakan di bahagian dapur ruang hospitaliti, seperti hotel atau restoran.
counterfeit currency coverageperlindungan mata wang palsuinsuransTiadaBon yang melindungi insured daripada kehilangan/kerugian akibat penerimaan secara jujur mata wang atau syiling palsu atau yang telah diubah.
pseudofecesnajis palsuSains MarinTiadaBahan yang tidak diterima sebagai makanan oleh organisma moluska penuras ampaian. Bahan ini dikumpul dan dibalut bersama lendir (mukus) di dalam rongga mantel moluska dan disingkirkan keluar tanpa melalui sistem pencernaan.
false positivepositif palsuTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRalat pengkelasan semasa pengesanan atau pengecaman oleh proses seperti sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan sah, iaitu positif yang diperoleh akibat daripada ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah tidak sah, iaitu negatif.
12345

Kembali ke atas