facemaxxing | paras rupa maksimum | Umum | Tiada | Usaha seseorang untuk meningkatkan penampilan wajah melalui teknik penjagaan kulit, pemakaian produk kecantikan, atau prosedur estetik. |
gene | gen | Psikologi | Psikologi Umum | Satu bahagian atau kawasan kecil dalam rantaian kod asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat untuk pertumbuhan organisma hidup yang dihasilkan melalui proses persenyawaan. Setiap individu mempunyai lebih kurang 40,000 gen bagi menentukan ciri fizikal seperti warna mata, rambut, bentuk paras rupa dan warna kulit. Terdapat juga antara ciri tersebut ditentukan oleh gen tunggal tetapi dalam kebanyakan kes, sifat manusia dikawal oleh himpunan gen atau poligen. Gen boleh bersifat dominan atau resesif. Ciri ibu atau bapa yang dikawal oleh gen dominan akan diperturunkan kepada anak-anak mereka, sementara gen resesif hanya akan muncul apabila ketiadaan gen dominan. Contohnya, dalam rabun warna, gen dominan dapat mengelakkan anak daripada dijangkiti penyakit ini. Walau bagaimanapun, sekiranya gen dominan tidak ada, maka anak tersebut akan menghidapi buta warna. |
fetal-alcohol syndrome | sindrom bayi alkohol | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan organik yang dialami oleh bayi akibat pengambilan alkohol secara berlebihan oleh ibu yang mengandungkannya. Bayi yang diserang kecelaruan ini akan mengalami beberapa simptom buruk seperti berat badan berada di bawah paras normal ketika lahir, saiz otak kecil, mengalami kecacatan paras rupa, kurang penyelarasan badan dan kerencatan mental. |
hemiphere of the brain | hemisfera otak | Psikologi | Psikologi Umum | Pembahagian otak kepada kiri dan kanan. Kedua-dua belah otak ini biasanya dipegang oleh tisu putih yang dikenali sebagai korpus kolusum. Hemisfera kiri mengawal anggota badan di sebelah kanan badan. Contohnya, pesakit strok yang lumpuh di sebelah hemisfera kiri badannya akan mengalami kerosakan otak di sebelah kanan. Eksperimen yang dilakukan terhadap pesakit epilepsi yang dibuang korpus kolusumnya menunjukkan bahawa otak di sebelah kiri terlibat dalam aktiviti seperti bertutur dengan baik, perbendaharaan kata, menulis, mengira dan mengawal gerakan yang kompleks. Sementara, hemisfera kanan pula terlibat dalam aktiviti seperti kemahiran persepsi, pemvisualan, pengecaman pola, paras rupa, melodi, tingkah laku bukan lisan dan pemahaman bahasa mudah. |
cosmetic | kosmetik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat solek untuk mencantikkan, menambah kecantikan atau mengekalkan kecantikan rupa paras seseorang atau membersih, mewarna dan melindungi kulit, rambut, kuku, bibir, mata dan gigi seseorang. |
deepfake | palsu asli / palsu tulen | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Satu teknik untuk merubah rupa paras seseorang pada gambar ataupun video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah. |
type-casting | watak suaian | Kesenian | Drama dan Teater | Penentuan watak berdasarkan kebolehan dan kesesuaian pelakon seperti rupa paras, personaliti dan bakat. |
visuoperceptive capacity | kapasiti visuoperseptif | Perubatan | Psikiatri | Kebolehan otak untuk mengenal pasti objek yang konkrit dan membezakan rupa paras yang berlainan. |
float | pelampung | Kejuruteraan | Petroleum | Unsur pasangan kawalan paras cecair yang direka sedemikian rupa supaya akan berfungsi apbila pasangan ini tenggelam seluruhnya tau tenggelam sebahagian saja di dalam cecair yang parasnya dikawal oleh pasangan yang berkenaan. Biasanya berbentuk separuh berekor bulat dengan dasar yang pipih. Dalam penggunaannya, umumnya pasangan ini akan dihubungkan dengan injap kawalan yang akan mengatur kadar aliran masuk atau aliran keluar cecair ke atau dari bejana yang bersangkutan. Dengan demikian, paras cecair di dalam bejana tersebut boleh dipertahankan pada takat yang dikehendaki. |