brackish water fish | ikan air payau | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 – 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak. |
vegetation | vegetasi | Herba | Tiada | Keseluruhan kepelbagaian tumbuhan atau tanaman di dalam satu kawasan. Contohnya, vegetasi hutan paya dan belukar. |
Ludwigia sp. | Ludwigia sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang kebiasaannya tumbuh di kawasan paya dan boleh hidup di dalam air. Daun tumbuh-tumbuhan ini berada di luar air dan bersaiz antara 0.5 – 2.0 cm panjang dengan 0.25 cm lebar. Daun yang berada di dalam air lebih panjang dan nipis berbanding dengan daun yang berada di luar air. Antara jenis Ludwigia sp. ialah Ludwigia sedioides, Ludwigia arcuata, Ludwigia brevipes, Ludwigia grandulosa, Ludwigia inclinata, Ludwigia ovalis, Ludwigia palustris dan Ludwigia repens. |
Cyperus haspen | Cyperus haspen | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus haspen ini juga dikenali sebagai ‘Dwarf Papyrus’. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Cyperus haspen boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 0.2 – 0.6 m. Cyperus haspen ini juga kelihatan seperti payung. |
Cyperus helferi | Cyperus helferi | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus helferi ini mempunyai daun seperti daun lalang yang boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 20 – 30 cm dan roset selebar 15 – 25 cm. |
Cyperus papyrus | Cyperus papyrus | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan. |
reed | mensiang | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Kumai yang menyerupai rumput panjang yang terdapat dalam air cetek atau paya. 2. Sebahagian daripada alat tenunan karpet yang mempunyai jalur logam nipis dan ruang di antaranya supaya yarn lungsin melepasi ruang tersebut. Pergerakan mensiang ini akan menolak dan mengetatkan yarn ke dalam fabrik atau karpet. |
Eriocaulon sp. | Eriocaulon sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh banyak di kawasan paya. Eriocaulon sp. dikenali juga sebagai Pipewort yang mempunyai bunga berbentuk bola di hujung tangkai bunganya. Dua jenis Eriocaulon sp. yang sering dijadikan tumbuhan akuarium ialah Eriocaulon cinereum dan Eriocaulon setaceum. |
Lindernia sp. | Lindernia sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang kebiasaannya tumbuh di kawasan paya. Tumbuh-tumbuhan ini dapat menyesuaikan diri untuk hidup tenggelam di dalam air. Salah satu jenis Lindernia sp. ialah Lindernia rotundifolia. |
Cyperus sp. | Cyperus sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh banyak di kawasan paya. Antara contoh Cyperus sp. ialah Cyperus helferi, Cyperus haspen dan Cyperus papyrus. |