forgery insurance | insurans pemalsuan | insurans | Tiada | Polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma selain bank atau polisi pemalsuan pendeposit yang digunakan untuk melindungi insured dan banknya. |
cheque alteration and forgery insurance | insurans pemalsuan dan pengubahan cek | insurans | Tiada | Satu daripada dua jenis polisi. Pertama, polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma-firma selain daripada bank. Kedua, polisi pemalsuan deposit untuk melindungi insured dan banknya. |
forgery bond | bon pemalsuan | insurans | Tiada | Bon yang dikeluarkan oleh insurer untuk melindungi insured daripada pemalsuan cek, wang tunai dan sebagainya. |
banker's forgery and alteration bond | bon perubahan dan pemalsuan jurubank | insurans | Tiada | Bon yang dikeluarkan untuk institusi kewangan yang memberi perlindungan ke atas pemalsuan dan perubahan yang dibuat pada cek, sekuriti dan sebagainya dengan tujuan menipu. |
forging | pemalsuan | Kesusasteraan | Tiada | Perihal memalsukan karya sastera. |
material misrepresentation | salah nyata fakta matan | insurans | Tiada | Pemalsuan fakta matan dengan mengguna apa-apa cara jua. Jika syarikat insurans mengetahui hal sebenarnya, ia tidak akan menginsuranskan risiko tersebut. Salah nyata fakta matan memberi hak kepada syarikat insurans untuk mengetepikan kontrak. |
touchsafe system | sistem sentuh selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik. |
academic fraud | penipuan akademik | Pendidikan | Tiada | Suatu bentuk penipuan secara sengaja dalam bidang pendidikan seperti pemalsuan data, pengubahan dokumen akademik dan penyelewengan kajian penyelidikan. |
account hijacking | rampasan akaun | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan merampas akaun orang lain atau organisasi lain, bertujuan untuk mencuri identiti atau pemalsuan tanpa kebenaran pemilik akaun. |
adulteration | campur palsu | Herba | Tiada | Penambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu. |