adsorption cooler | pendingin jerapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin mampatan yang menggunakan air sebagai cecair penyejuk dan litium bromida sebagai larutan penyerap. Cecair penyejuk pendingin ini tidak melalui proses pengewapan dan pemampatan semula sebagaimana unit pendingin mampatan jenis lain. Pendingin jenis ini sesuai bagi proses pendinginan pada suhu yang lebih tinggi daripada takat beku air. |
secondary heat exchanger | penukar haba sekunder | Kejuruteraan | Tiada | Penukar haba untuk memindahkan haba daripada litar pendingin sekunder ke litar pendingin tertier. |
R designation for coolant | tatanama R sistem bahan pendingin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tatanama yang digunakan oleh The American Society of Heating, Refrigerating, and Air-Conditioning Engineers untuk menamakan cecair pendingin di dalam sesuatu sistem pendingin atau pemanas. Misalnya, R-40 ialah metil klorida, R-744 ialah karbon dioksida dan R-12 ialah Freon. |
intercooler | pendingin antara | Kejuruteraan | Tiada | Pendingin yang dipasang pada pemampat pancaperingkat untuk menurunkan suhu udara pada tekanan malar. |
absorption refrigerator | pendingin serapan | Fizik | Haba | Alat pendingin yang dihasilkan oleh pengembangan cecair ammonia kepada gas dan kemudian gas itu diserap oleh air. Ammonia tersebut digunakan semula selepas air tersejat. |
Carnot cooler | pendingin Carnot | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin khayalan yang dikendalikan mengikut prinsip edaran Carnot yang akan menghasilkan kerja maksimum termungkin bagi sebarang proses pendinginan di antara punca panas dan sejuk. |
cascade cooler | pendingin lata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin yang menggunakan lebih daripada dua kitaran sistem penyejuk, dan cecair penyejuk yang berlainan disusun dalam satu lata. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan wujudnya had tekanan penyejat dan pemeluwap supaya pendinginan dicapai tanpa perlu mengubahsuai sistem penyejat atau pemeluwap untuk duti yang tinggi. |
compression cooler | pendingin mampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin yang dikendalikan berdasarkan pengewapan cecair penyejuk untuk mendinginkan sesuatu sistem atau proses. Pengewapan cecair penyejuk ini menyebabkan cecair penyejuk bertukar menjadi gas dan serentak mendinginkan sistem tersebut. Pemampat kemudian digunakan untuk memampatkan gas semula ke fasa cecair bagi proses pendinginan selanjutnya. |
ammonia absorption refrigerator | pendingin serapan ammonia | Fizik | Haba | Pendingin serapan yang menggunakan ammonia sebagai bahan penyejuk yang berkitar. |
central air cooler | pendingin udara pusat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pendingin udara yang mengawal penyejukan berdasarkan sistem kawalan pusat. |