schedule of reinforcement | jadual peneguhan | Psikologi | Psikologi Umum | Jadual atau program yang memperincikan frekuensi dan masa pemberian peneguhan. Sekiranya sesuatu peneguhan didasarkan kepada kekerapan sesuatu respons, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual bernisbah tetap atau berubah. Jika peneguhan itu berdasarkan kepada sela masa, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual sela tetap atau berubah. Contohnya, jadual peneguhan nisbah tetap 10 (FR 10) bermakna haiwan mesti melakukan respons (menekan tuas dalam eksperimen kotak Skinner) sebanyak sepuluh kali sebelum diberikan peneguhan. |
chain reinforcement | peneguhan berangkai | Psikologi | Psikologi Umum | Peneguhan yang dilakukan secara bersambung-sambung dan berselang-seli mengikut tindak balas yang ditunjukkan. Contohnya, sekiranya seekor burung merpati dilatih mematuk kunci kuning dan diikuti oleh peneguhan secara berselang tetap sehingga kunci ditukarkan kepada warna lain, maka peneguhan dihentikan sehinggalah tindak balas mematuk ditunjukkan semula. |
negative reinforcement | peneguhan negatif | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan menarik faedah yang akan diperoleh supaya individu meneruskan tingkah laku yang dikehendaki. Setiap individu biasanya akan mengulangi tingkah laku yang dapat mengelakkan atau mengurangkan keadaan yang negatif. Dalam konteks ini, sesuatu yang ditarik daripada subjek adalah rangsangan atau perkara yang tidak disenangi. Contohnya, ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-mekik. Walau bagaimanapun, peneguhan negatif berbeza daripada dendaan kerana tindakannya akan meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki. |
reinforcement | peneguhan | Pendidikan | Tiada | Rangsangan atau ganjaran yang diberikan untuk meningkatkan sesuatu tindakan atau perlakuan yang dikehendaki. |
chain reinforcement | peneguhan berangkai | Fizik | Tiada | Tiada |
concentration enhancement | peneguhan kepekatan | Fizik | Tiada | Tiada |
contrast enhancement | peneguhan kontras | Fizik | Tiada | Tiada |
chain reinforcement | peneguhan berangkai | Matematik | Tiada | Tiada |
intermitten reinforcement | peneguhan berkala | Pendidikan | Tiada | Tiada |
autogenous reinforcement | peneguhan autogenus | Pendidikan | Tiada | Tiada |