totalitarian government | kerajaan totalitarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang melaksanakan pemerintahan berasaskan penguasaan ketat terhadap individu. Penguasaan ini bertujuan supaya individu tunduk kepada pemerintah dan ini dilakukan dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Kerajaan seperti ini tidak membenarkan persaingan politik secara terbuka, kewujudan parti pembangkang dan kebebasan NGO. Hukuman keras dilaksanakan kepada penentang kerajaan. Kerajaan jenis ini boleh muncul sama ada melalui satu revolusi seperti yang berlaku di China dan Soviet Union atau secara kemunculan seorang diktator yang sangat berpengaruh seperti Hitler di Jerman dan Mussolini di Itali. |
imperialism | imperialisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka. Penguasaan ini tidak terbatas kepada aspek dan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap aspek budaya, minda dan pemikiran rakyat di negara yang dijajah. Dengan pelbagai dasar yang dilancarkan seperti pelaksanaan sistem pendidikan, budaya, penyerapan nilai moral dan nilai estetika yang berorientasikan penjajah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat yang dijajah itu. |
Hegemony | hegemoni | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberi sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama. |
totalitarian | totalitarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan pemerintahan yang berasaskan penguasaan ketat rejim politik terhadap individu supaya tunduk kepada pemerintah. Keadaan ini berlaku dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Persaingan politik tidak terdapat di sini seperti kehadiran parti pembangkang, NGO yang bebas, gerakan pelajar atau pilihan raya yang bebas. Penguasaan dalam pemerintahan ini dilakukan secara kekerasan undang-undang yang menekan termasuklah censorship (penapisan) dan terrorisme. Keadaan politik seperti ini dikatakan juga sebagai bersifat kediktatoran, autoritarian dan despotik. Contohnya, keadaan Jerman di bawah pemerintahan Hitler semasa Perang Dunia Kedua bersifat autoritarian. |
internal colonialism | kolonialisme dalaman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan dan tekanan oleh kerajaan pusat atau pemerintah tertinggi terhadap wilayah tertentu dalam sesebuah negara. Tindakan ini melahirkan layanan atau pengagihan sumber yang tidak adil berbanding dengan wilayah lain dalam negara itu. Pemerintah selalu menekan sambil mengeksploitasi segala sumber yang ada dalam wilayah ini untuk kepentingan pusat, wilayah lain atau kepentingan individu tertentu yang terdiri daripada golongan pemerintah. Pembangunan juga tidak dibawa ke kawasan ini dan mereka tidak mendapat status autonomi dalam pemerintahan. Contohnya, kedudukan Acheh di Indonesia dapat dianggap sebagai kolonialisme dalaman apabila Jakarta menguasai wilayah ini secara kekerasan tentera, mengeksploitasi sumber alam mereka dan tidak membenarkan mereka menguruskan wilayah itu secara autonomi sepenuhnya. |
suzerain state | negara dipertuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan sebuah negara terhadap negara lain tetapi memberi kebebasan kepada negara tersebut menguruskan soal dalamannya sahaja. Urusan hal ehwal luar, diplomatik dan ekonomi antarabangsa semuanya dikuasai oleh negara penguasa ini. Keadaan yang bersifat naungan ini melambangkan kedudukan yang lebih superior negara penguasa dan kedudukan yang rendah dan lemah negara yang dikuasai. |
language deficit | kekurangan/defisit bahasa | Sains Kesihatan | Tiada | Kekurangan dari segi penguasaan bahasa seperti kosa kata. |
sovereign ruler | pemerintah berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain. Pemerintah ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama dalam menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi serta melaksanakan dasar dalam dan luar negara. Pemerintah ini muncul sama ada melalui pilihan raya seperti di Malaysia atau warisan seperti negara Brunei Darussalam. |
sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
e-coaching | e-jurulatih | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah bimbingan atau tunjuk ajar penguasaan sesuatu kemahiran dalam persekitaran e-pembelajaran. |