Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah membayar lesen anjing dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
side effectkesan sampinganHerbaPemiawaianKesan yang tidak diingini apabila ekstrak herba diambil secara berlebihan. Kesan sampingan termasuk rasa sakit, pening, loya dan tidak selesa. Contohnya, pengambilan ekstrak herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) secara berlebihan boleh mendatangkan rasa pening dan panas.
hangoverpengarPsikologiTiadaKeadaan fizikal yang tidak menyenangkan seperti pening kepala, gangguan pada perut, muntah dan sebagainya kesan daripada pengambilan alkohol secara berlebihan seperti minuman keras.
charmpuisi pujaKesusasteraanPuisiPuisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf.

Kembali ke atas