Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bubonic plagueplag bubonPerubatanTiadaPenyakit disebabkan oleh Yersimia pestis dan dicirikan dengan nodus limfa yang membesar, demam panas, meracau, takikardia, pening kepala yang kuat dan sakit otot menyeluruh.
foodborne illnesspenyakit bawaan makananMakanan dan PemakananMakananPenyakit yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tercemar atau tidak dikendalikan atau diproses dengan betul. Terdapat beberapa simptom penyakit seperti muntah, cirit-birit dan pening kepala. Pencemaran makanan boleh berpunca daripada mikroorganisma, bahan kimia, atau toksin semula jadi seperti cendawan beracun.
Areca catechuPinangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerahan apabila masak. Asalnya ditanam untuk kegunaan bijinya, kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daun digunakan secara luaran untuk rawatan demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih, digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
Areca catechupinangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Arecaceae yang pokoknya tinggi dan tidak bercabang. Daunnya jenis majmuk pinat yang berpelepah panjang. Bunganya kecil dalam susunan mayang dan menghasilkan buah bertandan yang berwarna hijau, bertukar kepada jingga kemerah-merahan apabila masak. Pada asalnya, pinang ditanam untuk kegunaan bijinya tetapi kini diperkenalkan sebagai hiasan landskap. Biji buah pinang mengandungi alkaloid arekolina. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat demam dan pening kepala. Biji daripada buah matang dimakan bersama sirih dan digunakan untuk mengubati luka dan bisul. Serbuk bijinya boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Air rebusan putik buah digunakan untuk menyuburkan peranakan.
2,4,6-trinitrotoluene (TNT)2,4,6-trinitrotoluena (TNT)KimiaForensikFormula kimia, C7H5N3O6; nama am, metiltrinitrobenzena. Sebatian kimia berbentuk jarum monoklinik, berwarna kuning, takat lebur 80°C - 81°C, larut dalam etanol dan eter, tidak larut dalam air, dan mempunyai risiko kebakaran dan letupan. Bahan ini boleh disediakan melalui penitratan toluena dengan menggunakan campuran asid nitrik dan asid sulfurik. Bahan ini toksik secara pengingesan, penyerapan kulit atau penyedutan, dan boleh menyebabkan pening kepala, lemah badan, anemia dan kecederaan pada hati. Dos maut akut dianggarkan I g - 2 g, dan had pendedahan ialah 0.5 mg/m3- Penemuan patologi ialah atropi kuning akut pada hati, aplasia sumsum tulang, pendarahan petekia, dan nefritis toksik. Bahan ini digunakan sebagai bahan letupan - bahan perantara dalam proses pewarnaan, dan bahan kimia fotografi.
Allamanda catharticaAlamandaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Apocynaceae ini juga dikenali sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, tiga hingga empat helai pada setiap buku batang. Daunnya berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng berwarna kuning. Tumbuhan jenis renik yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap Daun sebagai pelawas dan merangsang muntah tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akar digunakan untuk rawatan penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam, dan busung (ascites). Wap daripada rebusan pokok dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala.
Chinese restaurant syndromesindrom restoran CinaMakanan dan PemakananMakananSimptom sakit kepala, pening, berpeluh dan muka kemerah-merahan yang dialami oleh individu rentan yang mengambil monosodium glutamat atau bahan seumpamanya dalam jumlah yang banyak. Sindrom ini dikaitkan dengan pengambilan makanan cina.
Allamanda catharticaalamandaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Apocynaceae yang dikenali juga sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun secara berselang, mempunyai tiga hingga empat helai daun pada setiap buku batang dan berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna kuning. Alamanda merupakan tumbuhan jenis renek yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap. Daunnya digunakan sebagai pelawas dan untuk merangsang muntah tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya juga digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akarnya digunakan untuk merawat penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam dan busung. Wap daripada rebusan tumbuhan ini dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala.
salicylismsalisilismeKimiaForensikKeracunan salisilat yang sederhana yang biasanya berlaku selepas penggunaan secara berulang aspirin (asid asetilsalisilik) dalam dos yang tinggi. Keracunan bermula dengan sakit kepala, pening, tinitus, masalah pendengaran, loya, dan muntah, dan diikuti dengan cirit-birit dan halusinasi.
benzene chronic poisoningkeracunan kronik benzenaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan, mau pendedahan kepada benzena atau terbitannya, misalnya toluena atau xilena. Gejala keracunan tennasuk loya, sakit kepala, pening, hilang selera makan, mengantuk, gementar, pucat dan tiada koordinasi. Dalam kes teruk, kegagalan pernafasan atau nadi jantung yang sangat cepat keracunan kuinidina keracunan kuinina mungkin menyebabkan kematian. Pendedahan jangka panjang mungkin menyebabkan pengurangan sumsum tulang yang mengakibatkan anemia aplastik atau satu bentuk leukemia.
1234

Kembali ke atas