alignment | penjajaran; pembarisan; selarian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Penjajaran: Kesesuaian sebenar dalam satu bentuk garisan lurus pada bahagian atas dan bawah surat-surat dan huruf-huruf dalam satu fon. 2. Pembarisan: Susunan taip dalam satu garisan lurus. 3. Selarian: Kedudukan garis taip supaya bahagian akhir kelihatan sama pada bahagian margin. |
bore | jara penjajaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Diameter bahagian dalam silinder enjin (2) Proses melarik untuk membesarkan dan melicinkan penjajaran lubang silinder |
global sequence alignment | penjajaran jujukan menyeluruh | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah susun atur yang optimum secara menyeluruh ke atas keseluruhan jujukan yang dikaji. Penjajaran jujukan menyeluruh ini sesuai diaplikasikan ke atas dua jujukan yang mempunyai panjang yang hampir sama dan komposisi jujukan yang hampir serupa. |
maximum parsimony | parsimoni maksimum | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang mengenal pasti aksara berbeza daripada penjajaran jujukan berbilang. Kaedah ini mencari jumlah perubahan aksara yang minimum dalam penjajaran jujukan berbilang untuk membina pepohon filogenetik yang optimum. |
pair-wise sequence alignment | penjajaran jujukan berpasangan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menyusun jujukan DNA, RNA atau protein dengan pasangan jujukan dalam satu masa bagi mengenal pasti padanan nukleotida atau asid amino dalam sesuatu kawasan jujukan yang tertentu. Padanan ini membolehkan pentafsiran dibuat berdasarkan fungsi dan struktur dalam kalangan jujukan tersebut. Lihat juga penjajaran jujukan berbilang. |
sequence similarity search | carian persamaan molekul | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pencarian jujukan molekul yang serupa atau mirip dari pangkalan data biologi dengan menggunakan teknik penjajaran. Perisian piawai yang digunakan dalam kaedah ini ialah alatan pencarian penjajaran setempat asas (BLAST). |
high scoring pairs (HSPs) | pasangan penskoran tinggi (HSPs) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Subsegmen asid nukleik atau asid amino yang mempunyai persamaan yang tinggi. Paras persamaan antara jujukan bergantung pada penetapan algoritma penjajaran setempat atau menyeluruh yang menjana penjajaran subsegmen tersebut. |
alignment | penjajaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pelarasan komponen-komponen kepada satu baris. |
alignment | penjajaran | - | Tiada | Proses menyusun teks dan bahan grafik dalam garis tegak. |
wheel alignment | penjajaran roda | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah ujian dan pelarasan yang dilakukan pada roda dan tayar untuk memastikan roda dan tayar berada pada kedudukan yang betul. |