Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ra] | ڤنجارا

Definisi : 1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, te­rongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksi­mumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengam­punan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya; memenjarai ki mengongkong, membeleng­gu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya; memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil; terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; pemenjaraan perihal (perbuatan) memen­jarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~; kepenjaraan perihal penjara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ra] | ڤنجارا

Definisi : tempat mengurung orang yg dihukum kerana membuat kesalahan; jel: Perompak itu sekarang ini sedang ditahan di ~. memenjarakan memasukkan seseorang ke dlm penjara kerana berbuat sesuatu kesalahan; mengurung dlm penjara. terpenjara 1 terkurung atau dikurung dlm penjara: Selama lima tahun, dia ~ kerana melakukan kesalahan itu. 2 ki tidak bebas (melakukan sesuatu): Jiwanya ~, walaupun dia tidak dihalang utk ke mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decarcerationpembebasan tahananUndang-undangTiadaProses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara.
decarcerationpembebasan tahananUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses untuk mengeluarkan dan membebaskan individu yang ditahan di dalam penjara. Proses ini merupakan polisi atau dasar kerajaan untuk mengurangkan bilangan individu yang dikenakan hukuman penjara.
prison suicidebunuh diri di penjaraKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengambil nyawa sendiri yang berlaku dalam tahanan di bawah kuasa perundangan semasa menjalani hukuman atau perbicaraan kerana kesalahan jenayah.
Muslim chaplainpembimbing rohani IslamAgama IslamTiadaIndividu profesional yang menawarkan nasihat dan penjagaan rohani di penjara, sekolah, hospital atau mana-mana institusi.
mandatory powerkuasa mandatoriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang wajib dilaksanakan setelah diputuskan oleh satu badan berautoriti. Kuasa ini muktamad, tidak boleh dipinda atau dirayu dan tidak memberi sebarang pilihan kepada keputusan yang dibuat. Proses menjalankan kuasa ini akan dilakukan oleh sebuah badan seperti polis, tentera dan jabatan penjara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah merupakan hukuman mandatori.
criminal justice systemsistem keadilan jenayahKriminologiKeadilan JenayahSistem penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan siasatan, penahanan, pendakwaan, pembelaan, penghakiman, penghukuman dan saksi jenayah. Sistem ini berlandaskan keadilan dan berpandukan undang-undang. Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem ini terdiri daripada beberapa agensi atau jabatan seperti polis, pendakwa raya, mahkamah dan penjara.
bluesbluesKesusasteraanTiadaLagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.

Kembali ke atas