Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.bot] | ڤرابوت

Definisi : Jw alat perkakas; ~ mobil alat-alat bahagian kereta; ~ rumah perkakas rumah (kerusi, meja, dll); ~ tukang kayu alat perkakas tukang kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.bot] | ڤرابوت

Definisi : segala jenis perkakas yg diperlukan utk rumah (pejabat dll): ~ rumah segala macam perkakas spt kerusi, meja, yg diperlukan di rumah; ~ tukang kayu segala macam perkakas yg diperlukan oleh tukang kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sideboard (furniture)perabot tambahKesenianTiadaPerabot yang direka khusus sebagai tambahan kepada sesuatu perabot lain untuk tujuan tertentu.
furnitureperabotPentadbiran PerniagaanTiada1. Perabot: Barang-barang keperluan di dalam rumah seperti kerusi, sofa, meja, katil dan sebagainya.,2. Penimbau: Kepingan kayu, logam atau plastik untuk melengkapi sesuatu bentuk.
nomadic furnitureperabot nomadKesenianTiadaPerabot yang direka khusus untuk memudahkannya dibawa ke mana-mana.
modular furnitureperabot bermodulKesenianTiadaPerabot yang boleh diubahsuaikan susunannya mengikut kehendak penggunanya.
public furnitureperabot awamKesenianTiadaPerabot yang direka khusus untuk kegunaan awam.
loose furnitureperabot bebasKesenianTiadaPerabot yang boleh digunakan secara berasingan tanpa memerlukan set yang lain, serta boleh dialih-alihkan dengan bebas.
wicker furnitureperabot anyamKesenianTiadaPerabot yang dihasilkan daripada anyaman rotan atau bahan lain yang berbilah atau berjalur.
street furnitureperabot jalananKesenianTiadaPerabot yang direka khusus untuk diletakkan di kawasan yang lapang kawasan seperti taman, luar bangunan, tepi jalan raya dan sebagainya.
borax furnitureperabot boraksKesenianTiadaPerabot yang tidak kemas buatannya dan kelihatan murah.
domestic furnitureperabot domestikKesenianTiadaPerabot yang direka khusus untuk kegunaan di tempat kediaman atau rumah.
12345678910...

Kembali ke atas