Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detritusdetritusSains MarinTiadaBahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus.
decompositionpereputanPertanian OrganikTanaman Makanan-
biomass decay ratekadar pereputan biojisimTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauJumlah pengurangan sisa biologi secara eksponen yang disukat mengikut kadar pengurangan ketumpatan jisim biologi per masa dalam keadaan aerob dan anaerob.
neutronneutronFizikNanoteknologiZarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-.
activitykeaktifanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKadar pereputan spontan sebarang bahan radioaktif seperti pemancaran zarah alfa, zarah beta, sinar gama dan sinar mengion yang lain. Unit yang digunakan ialah Becquerel (Bq) atau Curie (Ci).
design for compostabilityreka bentuk boleh komposTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses yang dicipta untuk memudahkan pereputan sisa organik.
dry rotreput keringKesenianHiasan DalamanKeadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik.

Kembali ke atas