associative stage | peringkat gabungan | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada peringkat pertengahan, iaitu peringkat yang menggabungkan beberapa aspek kemahiran asas untuk menjadi satu kemahiran motor yang lebih kompleks. Pada peringkat ini, atlet telah menguasai kemahiran asas dan meliputi bagaimana bahagian pergerakan lakuan motor itu berkaitan antara satu sama lain. Atlet juga sentiasa membaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan kemahiran yang lebih tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
preoperational stage | peringkat praoperasi | Perubatan | Psikiatri | Peringkat kedua daripada empat peringkat dalam perkembangan kognitif mengikut Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar mengenali sesuatu objek dengan menggunakan imej dan perkataan. |
procedure | tatacara | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kaedah NDT secara peringkat demi peringkat daripada mula hingga akhir berdasarkan dokumen rasmi seperti kod, standard, dan spesifikasi yang digunakan oleh pengamal NDT. Contohnya, tatacara ujian ultrasonik terhadap kimpalan keluli karbon ialah tatacara yang menyatakan skop ujian, standard, jenis peralatan, prob, langkah-langkah tatacara, rekod, pelaporan, kriteria penerimaan dan lain-lain. Tatacara ujian ini perlu disahkan oleh pengamal NDT tahap 3. |
labour | pelahiran | Kejururawatan | Tiada | Proses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara tetap sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua pula bermula dari akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula dari keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran. |
cognitive stage | peringkat kognitif | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
oogenesis | oogenesis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan oosit pada haiwan betina. Proses ini bermula seawal peringkat fetus sehingga peringkat haiwan betina mencapai dewasa. Oogenesis bermula dengan pembentukan sel germa primodial yang seterusnya melalui pelbagai perkembangan sel untuk mencapai peringkat oosit yang matang dan berupaya untuk disenyawakan. |
nursery | asuhan benih | Perikanan | Akuakultur | Peringkat ternakan selepas peringkat larva sehingga ke saiz yang sesuai untuk dilepaskan ke kolam atau sangkar ternakan. |
assembly line | barisan pemasangan | Ekonomi | Tiada | Sistem pemasangan barangan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut pengkhususan kerja. Pekerja di setiap peringkat menjalankan tugas masing-masing dan kemudian menyalurkan barang tersebut ke peringkat berikutnya sehingga barang tersebut sampai ke peringkat yang terakhir. |
autonomous stage | peringkat autonomi | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat penghasilan perlakuan kemahiran motor yang bersifat seolah-olah berlaku secara automatik, lebih stabil dan tanpa mengalami sebarang kesukaran. Pada peringkat ini, atlet telah mencapai kemahiran yang tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
fingerling | anak ikan | Perikanan | Akuakultur | Peringkat hidup ikan yang telah berlaku metamorfosis daripada peringkat larva dan mempunyai morfologi yang lengkap. Pada peringkat ini, sirip dan sisik mula terbentuk. |