loss exposure | kehilangan perkara pokok | insurans | Tiada | Kehilangan kepentingan seseorang terhadap perkara-perkara yang diinsuranskan. |
decontexualised language | bahasa luar konteks | Pendidikan | Tiada | Bahasa yang digunakan untuk merujuk kejadian dahulu atau masa akan datang pada perkara abstrak ataupun perkara-perkara di luar konteks pengucap. |
land economics | ekonomi tanah | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang berkaitan dengan permintaan dan penawaran tanah, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti hak milik, sewa, pemecahan, dan penggunaan tanah. |
cerita asal-usul | cerita asal-usul | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat yang mengisahkan tentang asal usul alam semulajadi dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. |
partial lockdown | sekatan pergerakan separa | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan, tetapi masih dibenarkan untuk perkara-perkara tertentu seperti operasi perkhidmatan perlu. |
magical realism | realisme magis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik. |
politicization | pempolitikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menjadikan sesuatu isu, keadaan, fenomena atau perkara bersifat politik. Sesuatu perkara itu pada asalnya neutral atau tidak berbau politik tetapi dengan tindakan ini, ia akan menjadi isu panas, diperdebat oleh anggota parlimen, dibawa ke meja perundingan oleh organisasi terlibat, diusul ke parlimen dan persidangan atau menjadi isu hangat dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Pempolitikan sesuatu perkara boleh berlaku apabila ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada isu yang panas ini. Contohnya, pempolitikan isu sekolah wawasan oleh parti pembangkang yang mendakwa langkah ini bertujuan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Sinonim mempolitikkan. |
analogy | analogi | Kesusasteraan | Tiada | Cara menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan menggunakan sesuatu perkara yang sudah difahami. Hal ini dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kehadiran beberapa ciri yang sama antara dua perkara itu dijadikan asas untuk membandingkan persamaan atau perbezaan. Walaupun kedua-dua perkara yang dibandingkan itu mempunyai persamaan, namun tidaklah persis serupa. Umpamanya, denyutan jantung diterangkan seperti cara sebuah pam berfungsi. Analogi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bahagian yang sama rata�. Lihat juga metafora, simile. |
emphasis of matter (EoM) | penegasan perkara | Audit | Tiada | Jenis pendapat audit bagi perkara signifikan yang dinyatakan dalam satu perenggan penyata kewangan untuk perhatian pihak pengurusan. |
penumbra | penumbra | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Bayangan luar separa gelap yang terbentuk pada filem radiografi industri apabila objek disinari dengan sinaran. Penumbra turut dikenali sebagai ketaktajaman geometri (μg) yang disebabkan oleh penetapan teknik radiografi. Saiz penumbra dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti saiz sumber sinaran, jarak daripada sumber sinaran ke media pengimejan, dan jarak dari objek ke media pengimejan. Untuk mendapatkan saiz penumbra yang optimum berdasarkan piawai, perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan, iaitu: (i) Gunakan sumber sinaran dengan saiz titik fokus yang kecil, (ii) Tingkatkan jarak sumber sinaran dengan media pengimejan, (iii) Rapatkan objek dengan media pengimejan. Sinonim ketaktajaman. |