Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.dia.an] | ڤرسدياءن

Definisi : 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.dia.an] | ڤرسدياءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Peribahasa

Walaupun ada umpan,
     belum tentu ada ikan.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preliminary conventionkonvensi awalSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal.
preliminary conventionpersediaan awalSains PolitikPolitik PerbandinganLihat konvensi awal.
preoperative phasefasa prapembedahanKejururawatanTiadaTempoh persediaan pembedahan yang bermula daripada persetujuan pembedahan sehingga pesakit dimasukkan ke dewan bedah.
child groomingpengantunan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
child sexual groomingpengantunan seksual kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
vacation saving planrancangan simpanan percutianPelanconganTiadaRancangan untuk mengumpul dana sebagai persediaan untuk pergi bercuti.
organized crimejenayah terancangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh sindiket atau organisasi dengan membuat persediaan dan perancangan yang pada lazimnya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kebiasaannya, jenayah ini dilakukan dalam skala yang besar dan ada kalanya, melibatkan pasaran gelap. Contohnya, pelacuran, perjudian dan penyeludupan dadah.
assistance responsesgerak balas bantuanSains SukanBiomekanikTindakan penyesuaian yang menstabilkan sistem motor biologi sebelum melakukan pergerakan. Contohnya, persediaan sebelum melakukan apa-apa pergerakan seperti meluruskan tangan ke hadapan untuk menangkis pukulan pendek pihak lawan dalam acara badminton.
disorganized crimejenayah tidak terancangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan dengan suatu organisasi jenayah atau dilakukan tanpa apa-apa persediaan.
second degree murderpembunuhan darjah keduaKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang menyalahi undang-undang yang bersifat sengaja tetapi dilakukan tanpa perancangan atau persediaan untuk membunuh mangsa. Dalam jenayah ini, kadangkala pelaku hanya ingin menyebabkan kemudaratan tubuh mangsa tetapi perbuatannya telah mengakibatkan kematian mangsa. Contohnya, pergaduhan mengejut yang berakhir dengan kematian.
12

Kembali ke atas