state building | pembinaan negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses membentuk satu sistem pemerintahan yang lebih baik dan mantap. Proses ini melalui beberapa tahap yang tertentu seperti tahap primitif kepada tahap feudal kemudian beralih ke tahap moden. Pada tahap primitif, pembinaan negara ditentukan oleh kekuatan fizikal iaitu yang kuat akan menguasai yang lemah. Apabila semakin banyak perubahan berlaku, pemerintahan menjadi semakin tersusun seperti bersifat monarki atau dinasti yang berkuasa. Peningkatan dalam kesedaran dan pemikiran rasional dalam masyarakat telah mendorong kepada kemunculan negara moden seperti republik. Sehingga kini, sistem pemerintahan negara terus berkembang dan wujud dalam pelbagai bentuk seperti demokrasi, komunis, monarki moden dan fasis. |
primitive | primitif | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sifat asal dari leluhur sama yang kekal tanpa perubahan dari satu generasi ke satu generasi yang terkini. |
primitive communism | komunisme primitif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk sistem ekonomi lampau sebelum zaman hamba abdi seperti yang terdapat dalam sejarah materialisme Karl Marx. Sistem ini melihat ekonomi masyarakat masih berada dalam bentuk tribal dan egalitarian dengan aktiviti ekonomi masih bersifat alamiah. Pada masa itu, tidak ada badan pemerintah dan juga badan khusus yang menguruskan pasaran tidak ada sistem pertukaran barang dan seluruh anggota masyarakat bekerjasama mencari keperluan asasi tanpa kepentingan persendirian. Menurut Marx, masyarakat dilihat berubah daripada tahap ini kepada bersifat perhambaan dan menuju kepada sifat feudalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Sinonim komunisme kuno. |
primitive cultivar | kultivar primitif | Herba | Tiada | Lihat ras tanah. |
primitive communism | komunisme kuno | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat komunisme primitif. |
gothic | gotik | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan sastera yang memaparkan latar budaya primitif, aksi ganas, suasana muram, dan unsur supernatural. Istilah ini berasal daripada nama suku Goth pada zaman jerman kuno yang bermaksud �sifat yang kasar�. Lihat juga novel gotik. |
ambient visual system | sistem visual ambien | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem visual tahap primitif yang tidak melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dan mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran. Contohnya, tindakan mengelakkan diri daripada terkena bola yang ditendang semasa permainan bola sepak. Dari sudut kawalan motor, sistem visual ambien membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran kedudukan akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut. |
archaic | kerja kuno | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hasil seni yang bersifat purba, lama dan tua. Kerja kuno berbeza dengan seni primitif kerana hasil seni kuno telah melalui perkembangan secara berperingkat yang akhirnya mewujudkan bentuk seni yang terkini dan lebih sempurna. Kerja kuno biasanya melibatkan kerja-kerja yang dihasilkan pada pada zaman Yunani Kuno atau pada era sekitar 1100 SM hingga 600 Masihi. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |
folk drama | drama rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mengisahkan aktiviti rakyat yang dramatik bentuknya. Lakonan dalam drama ini berhubung dengan motif rakyat. Drama rakyat berpunca daripada ritual primitif yang mengandungi gerak, nyanyian, dan muzik (ketukan mengikut rentak) sebagai memuja semangat tumbuhan untuk menggalakkan kesuburan tanaman. Daripada ritual inilah, munculnya drama rakyat. Pada mulanya, drama rakyat berasaskan kepercayaan keagamaan yang kemudiannya menjadi sekular. |