Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.cun] | راچون

Definisi : 1. bahan yg berbisa dan boleh memati­kan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuh­an lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; per­buat­an spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia ber­teriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, mem­binasa­kan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.cun] | راچون

Definisi : 1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~. 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Makan upas berulam racun.

Bermaksud :

Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pesticideracun perosakKimiaTiadaSebarang bahan yang digunakan untuk membunuh haiwan dan tumbuhan perosak, yang merangkumi racun kulat, racun tikus, racun serangga dan racun rumpai. Kebanyakan racun perosak ini toksik juga kepada manusia.
active ingredientramuan aktifPertanianAgroteknologiKomponen dalam sesuatu racun herba atau racun serangga yang mempunyai daya pemusnahan kepada mangsa racun. Contohnya, racun herba jenama Round-up� mengandungi glifosat sebagai ramuan aktif kerana bahan kimia tersebut berfungsi menghapuskan rumpai melalui sekatannya terhadap sintesis protein. Namun, glifosat hanya merangkumi 12% hingga 36% daripada ramuan racun ini kerana selainnya terdiri daripada bahan yang tidak memberi kesan secara langsung kepada tumbuhan dan ia dinamai sebagai bahan lengai.
contact herbicideracun herba kontakPertanianAgronomi

 Jenis racun herba yang bertindak hanya kepada bahagian tumbuhan yang disentuh oleh racun tersebut. Pada amnya, racun jenis ini memberi kesan yang cepat dengan melecurkan bahagian yang disentuh tetapi tidak meresap kepada bahagian akar atau batang yang tidak terkena racun. Contohnya, racun herba kontak jenis Paraquat. Oleh itu, racun herba kontak tidak begitu berkesan dalam jangka masa panjang untuk mengawal rumpai yang mempunyai rizom seperti lalang.

agrichemical/agrochemicalbahan kimia taniPertanianAgroteknologiBahan kimia yang digunakan sebagai input kepada pengeluaran tanaman. Bahan ini termasuklah baja kimia, racun rumpai, racun serangga, racun kulat, pengawal atur pertumbuhan, dan bahan pengawet hasil tuaian. Penggunaan bahan kimia ini perlu mengikut peraturan keselamatan seperti menggunakannya dalam kadar yang disyorkan dan memakai pakaian keselamatan untuk melindungi pengguna. Dalam sistem pertanian organik, bahan kimia tani tidak boleh digunakan sama sekali.
zootoxinzootoksinFarmasiFarmakologiBahan toksik (toksin) atau beracun yang berasal daripada haiwan. Contohnya, racun ular, racun labah-labah dan racun kala jengking.
poisoningkeracunanPerubatanTiadaKeadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah.
Chemical controlKawalan kimiaPertanianAgronomi

Kaedah penggunaan bahan kimia seperti herbasid, racun serangga dan racun kulat dalam pengawalan masalah rumpai, perosak dan penyakit yang melanda sesuatu kawasan tanaman. Racun herba disembur kepada tumbuhan rumpai, manakala racun serangga dan kulat disembur kepada tanaman. Kebanyakan bahan kimia tersebut adalah toksik kepada manusia dan perlu dipastikan sisa bahan kimia tersebut tidak mencemari bahan yang dituai. Contohnya, racun glifosat untuk mengawal kawalan.

heptachlorheptaklorBiologiEkologiRacun serangga organoklorin. Racun ini terurai di dalam tanah menjadi heptaklor � epoksid yang stabil dan sangat beracun. Racun ini sangat berbahaya kerana selain boleh membunuh serangga perosak ia juga boleh membunuh cacing, dan organisma tanah yang lain.
pesticide toleranceketoleranan racun perosakBiologiEkologiKeupayaan organisma menahan kesan racun perosak, atau sisa racun kimia di dalam atau pada makanan.
Poisons ListSenarai RacunHerbaPeraturan dan PemasaranSenarai bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952. Senarai Racun sentiasa dikemas kini mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
12345678910...

Kembali ke atas