Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tang­gal segala bahagian yg lembut dan isi batang­nya; ~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); mereput menjadi reput; mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tum­buh-tumbuhan yg mati; reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; kereputan perihal (keadaan) reput; pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (bkn kayu, kain dll): ~ relai hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). ~ fros kerosakan teruk atau kemusnahan pd tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg mungkin dialami oleh pendaki gunung). mereput menjadi reput. mereputkan menyebabkan menjadi reput: Hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati. reputan benda yg reput. pereputan perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dry rotreput keringKesenianHiasan DalamanKeadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik.
stem rotreput batangPertanian OrganikTanaman Makanan-
black rotreput hitamPertanian OrganikTanaman Makanan-
collar rotreput kolarPertanian OrganikTanaman Makanan-
wet rotreput-basahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
dry rotreput-keringPenilaian Harta TanahTiadaTiada
detritusdetritusPerikananAkuakulturBahan organik yang reput di dasar ekosistem akuatik. Secara umumnya, detritus mengandungi mikroorganisma yang berperanan sebagai pengurai bahan organik tersebut.
aggradationagradasiSains MarinTiadaPembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai yang disebabkan oleh longgokan kelodak atau bahan organik yang telah reput.
vibriosisvibriosisPerikananAkuakulturPenyakit pada ikan laut yang disebabkan oleh pelbagai bakteria daripada famili Vibrionaceae. Ikan yang dijangkiti vibriosis menyebabkan ikan mengalami kemerah-merahan pada badan, luka serta reput di bahagian sirip dan ekor.
deposit feederpemakan endapanSains MarinTiadaOrganisma yang mendapat nutrisi dengan memakan lapisan tipis permukaan sedimen. Lapisan tipis ini kaya dengan nutrien kerana mengandungi detritus, bakteria, serpihan bahan organik separa reput dan organisma mikroskopik seperti diatom dan sebagainya.
12

Kembali ke atas