regular exercise | riadah amalan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
parkland | taman | Geografi | Tiada | Sebuah kawasan riadah yang dilitupi oleh tumbuhan rumput dan pokok yang jarang-jarang. |
activity centre | pusat aktiviti | Kejururawatan | Tiada | Tempat individu memperoleh sokongan seperti penjagaan diri sendiri, kemahiran sosial dan riadah. Contohnya, pusat jagaan harian. |
neighbourhood recreation area | kawasan rekreasi kejiranan | Landskap | Tiada | Kawasan ya ng berhampiran dengan petempatan yang digunakan untuk tujuan riadah, rehat dan sebagainya. |
staycation | cuti inap | Pelancongan | Tiada | Percutian dalam negara asal dengan menikmati masa cuti di rumah sendiri atau santai menerusi perjalanan sehari ke tempat menarik untuk menikmati aktiviti riadah yang disediakan. |
agrotourism | agropelancongan | Pertanian | Agroteknologi | Industri yang menggunakan aktiviti pertanian sebagai tarikan pelancong untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian yang diamalkan di sesebuah negara. Agropelancongan dapat dilaksanakan dengan menyediakan infrastruktur pelancongan seperti penginapan, restoran dan kawasan riadah di kawasan pertanian. Contoh kawasan agropelancongan ialah Taman Agroteknologi MARDI di Cameron Highland dan Langkawi. |
kiosk | kios | Komunikasi | Korporat | Ruang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. |
public benefit | faedah Awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara. |