Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (ke­adaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal ke­ja­hatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg di­pe­r­buat spt galah dan diruncingkan hujung­nya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mem­pertajam atau mem­perhalus (semangat, pen­dengaran, dll): dan diperuncingnya pen­dengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. ke­gen­tingan (keadaan, perselisihan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1 makin ke hujung makin kecil dan tajam; lancip ke hujung: Pensel ini ~. Jarinya ~. 2 ki genting atau memuncak (bkn keadaan, perselisihan dll): Perselisihan antara kedua-dua negara itu bertambah ~. meruncing 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). meruncingkan 1 membuat supaya runcing. 2 menyebabkan genting atau tegang (bkn keadaan, suasana dll). memperuncing menjadikan lebih runcing. keruncingan 1 keadaan atau sifat runcing. 2 keadaan atau hal genting; kegentingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,

Peribahasa

Runcing tanduk bangkah kening.

Bermaksud :

Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Luggin capillaryrerambut LuginKimiaKimia AnalisisTabung kaca yang hujungnya bengkok dan runcing dan diletakkan berdekatan dengan elektrod kerja untuk mengurangkan ralat yang berkaitan dengan jatuhan iR.
clawcakarBiologiTiada1. Unguis atau tangkai petal. 2. Kuku yang melengkung dan runcing pada jari atau ibu jari. 3. Sepit pada krustasea tertentu. 4. Cuaran melengkung pada anggota serangga.
scratchcalarNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTanda goresan pada atas permukaan yang berpunca daripada objek tajam atau runcing. Ujian calar dilakukan untuk menentukan rintangan terhadap lelasan dan kehausan bahan.
archgerbangKesenianHiasan DalamanSuatu unsur binaan yang direka untuk membentuk ruang bukaan yang biasanya melengkung di sebelah atas. Walau bagaimanapun, gerbang boleh direka dalam pelbagai bentuk dan saiz, termasuklah separuh bulat, separuh bujur atau runcing tajam. Gerbang dikenali berdasarkan jenis dan reka bentuknya, antaranya ialah gerbang Ogee, gerbang ladam kuda, gerbang Tudor, gerbang runcing dan gerbang Renaissance.
Ionic ordersusunan IonikKesenianHiasan DalamanSusunan yang diperkenalkan pada pertengahan kurun ke-6 sebelum Masihi di Lonia, Greek. Batang tiang susunan Ionik adalah lebih runcing daripada tiang Dorik dan mempunyai tapak sebagai pemisah kepada batang dan permukaan lantai. Unsur tiang Ionik yang paling jelas ialah penggunaan bentuk skrol di kepala tiang Ionik.

Kembali ke atas