Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barang­kali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
satin finishkemasan satinKesenianTiadaKemasan yang rupanya kelihatan seperti satin.
pearl finishkemasan mutiaraKesenianTiadaKemasan yang rupanya kelihatan seperti mutiara.
asphaltic finishkemasan asfaltKesenianTiadaKemasan yang rupanya kelihatan seperti asfalt.
silkscreen finishkemasan skrin suteraKesenianTiadaKemasan yang rupanya kelihatan seperti skrin sutera.
anthropoidantropoidSosiologiTiadaBerkaitan dengan haiwan yang sifatnya atau rupanya seperti manusia.
orange peel finishkemasan kulit orenKesenianTiadaKemasan yang rupanya kelihatan seperti kulit oren.
Belgium endiveendif BelgiumPentadbiran PerniagaanTiadaSayuran yang warna dan rupanya seperti kubis Cina tetapi saiznya lebih kecil dan berbentuk runcing di bahagian atas.
novelty itembarangan noveltiKesenianTiadaBarangan baru yang dilengkapi aksesorinya dan rupanya kelihatan agak aneh.
cosmetic changepengubahsuaian kosmetikKesenianTiadaPengubahsuaian sesuatu barangan untuk memperindahkan lagi rupanya yang sedia ada.
fielding bootsbut pemadangSukanTiadaKasut yang digunakan oleh pemadang, dan rupanya sama seperti but pemukul.
123

Kembali ke atas