Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.su/] | روسوق

Definisi : 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: ber­jalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.su/] | روسوق

Definisi : (Mentawai) rumah sementara waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.su/] | روسوق

Definisi : 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung: Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta. 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: berjalan ~. 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rusuk (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, samping, lambung, sebelah, tepi;,
Kata Terbitan : merusuk,

Puisi
 

Darilah mana kajangku tiris,
     Dari pucuk sampailah ke rebung;
Darilah mana kupandang manis,
     Darilah rusuk sampailah ke punggung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flankrusukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
kick-backtumbuk rusukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
side elevation(geometrical drawing)pelan tegak rusukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
flail chestdada terkulaiKejururawatanTiadaKeadaan tiga atau lebih tulang rusuk yang patang dan menyebabkan dinding dada bergerak tidak selaras semasa pernafasan. Ciri klinikal utamanya ialah pernafasan paradoks.
central skeletonrangka utamaSains SukanBiomekanikRangka badan yang terdiri daripada tengkorak, vertebra, tulang rusuk dan sternum.
axial skeletonrangka paksiSains SukanBiomekanikRangka yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra dan tulang rusuk.
flat bonetulang leperSains SukanBiomekanikTulang yang berbentuk nipis dan rata, yang banyak terdapat di bahagian tengkorak dan rusuk.
posteriorposteriorSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian belakang jasad. Contohnya, jantung terletak pada posisi posterior dari tulang rusuk.
pneumothoraxpneumotoraksKejururawatanTiadaKehadiran udara di dalam kaviti pleura yang mungkin disebabkan oleh lepuh, penyakit sekatan kronik pulmonari (COPD), atau kepatahan tulang rusuk. Ciri klinikalnya adalah sukar bernafas, sakit pada bahagian dada semasa menarik nafas dan sianosis.

Kembali ke atas